Thursday, November 12, 2015

Jerebu - Petua dan Info

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Walaupun langit dah mula membiru tapi sekadar nak berkongsi..
Jerebu ini kejap ok dan kejap lagi teruk..
Jadi di sini Sha nak sharekan beberapa info mengenai Jerebu serta petua yang boleh kita amalkan.
Semoga bermanfaat..

JEREBU
Jerebu ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh kehadiran zarah-zarah halus yang terapung di dalam udara. Bahan-bahan partikel (Particulate Matter, PM) iaitu zarah terampai yang terdapat di dalam udara seperti habuk, kotoran, abu dan asap, berbeza saiz dari 2.5 mikron ke 10 mikron, bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon, nitrik oksida dan hidrokarbon aromatik polisiklik (bahan kimia yang terhasil daripada tindakbalas pembakaran tak lengkap atau bahan karbon berminyak seperti kayu, arang batu, diesel, lemak atau tembakau).


PETUA

1. CARA MEMBERSIHKAN UDARA DI DALAM RUMAH. (Info diperolehi di SINI)
Bagus ni untuk diamalkan di rumah kita jika ada ahli keluarga mula batuk-batuk, atau jika ada yang sedang menjalani rawatan kanser di hospital. Tahap imunisasi sedang menurun, jadi senang diserang penyakit. Caranya ambil tuala sedikit basah, letakkan di bawah kipas yang berpusing. Kipas akan pusingkan udara di sekeliling dan debu tu akan diperangkap oleh tuala basah itu. Ikut teorinya macam tu lah. Nampak macam jadi je. Jom cuba di rumah masing-masing. Jerebu dah masuk dalam rumah walaupun tingkap dan pintu bertutup.

2. Arang
Arang memang terkenal sebagai air purifier. Jadi bolehlah letakkan arang di dalam rumah. Letak di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak.

3. Baking soda.
Baking soda ini perlu diletakkan dalam air and letak dalam air purifier /humidifier. Ataupun boleh juga buat begini. Amik mangkuk, letak air dan beberapa sudu baking soda. Ini bagi membersihkan udara dalam rumah.

Paling penting sepanjang musim jerebu : Minum air banyak-banyak. Banyakkan makan buah-buahan, Makan sayur-sayuran, makanan sunnah dan juga supplements. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

INFO JEREBU
1. Topeng N95: mampu menapis partikel HALUS (0.3 mikron ke atas) dan mencegah anda daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ia menghalang partikel-partikel halus masuk ke hidung dan mulut dan menghalang udara sampai ke paru-paru serta saluran pernafasan. Memakai topeng N95 insyaAllah akan memberi perlindungan yang lebih tinggi.

8 comments:

  1. wowo guna arang eh ? kat rumah banyak arang sebab mak tanam pokok orked..
    bolehlah nanti bila2 letak dalam rumah bila tngk mula nak jerebu balik..

    akak.. tips elak rumah cepat habuk please haaha..

    ReplyDelete
  2. dah buat yg letak baking soda tu..tapi x letak air ekekeke

    ReplyDelete
  3. Harap2 jerebu tak datang lagi dah..p main jauh2 nuuun!!!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah skrg ni dh ok dri jerebu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com