Enchanteur : Stunning - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, August 11, 2017

Enchanteur : Stunning

Assalamualaikum..
Hye semua..

Stunning.. Memang Stunninglah bila Sha memakai rangkaian produk terbaru daripada Enchanteur ini.. Terus fall in love okay.. Sampai je produk ini ke tangan, Sha terus cuba bedak dan losyen.. Serious wangi sangat.. Baunya yang lembut tapi memikat.. Suka okay.. 

Yang paling best losyen dia.. Losyen tu bila sapu terus meresap ke kulit.. Tidak melekit.. Memang Sha sukalah.. Korang pun patut cuba Stunning dari Enchanteur ini..


Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona
 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin, harum wangi dan segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR juga telah membaharui bentuk botol rangkaian Eau De Toilette. Botol Eau De Toilette ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita yang memakai gaun berlipat dengan potongan duyung. Manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan menawan di meja solek..

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.


Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.

Deodoran Enchanteur pula hadir dalam tiga bentuk iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40.


Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

8 comments:

  1. Mai siap beli deodorant enchanteur ni tau, sbb sedih tak dapat, tapi nak bau wangi jugak, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Selalu duk guna yg kuning.. Kena cuba yang ni la nanti

    ReplyDelete
  3. semerbak harum hokeh!! i loikeeee..

    ReplyDelete
  4. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Cantik lak tuu Botol dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..