Monday, August 21, 2017

Gantian Cuti Rehat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Soal Jawab Persaraan - GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

BILA BERKUATKUASA?
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai tetap (skim pencen atau skim KWSP) yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

FORMULA PENGIRAAN
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
   
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
   
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
   
Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
- pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara,
dan
- bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
    1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
    1 salinan kenyataan cuti
    2 salinan penyata kiraan cuti
    1 salinan kad pengenalan
    1 salinan surat permohonan pesara/waris.
   
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali  dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Sekian dimaklumkan.
Salam PRIHATIN.
Bahagian Pasca Perkhidmatan.

2 comments:

  1. Wah untungnya PA boleh simpan cuti, ganti wang tunai.
    Kalau gaji + elaun akhir 10 k X 5 bulan dah RM50k

    ReplyDelete
  2. Wah Tahniah kpd penjawat awam

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com