Sunday, October 7, 2018

Mangsa Cinta oleh Shasya Ali, Rashiela Nurain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan baru je balik dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk peminjaman berkelompok (400 buah buku), adalah bahan bacaan ekstra.. 

Buku ini bagus dibaca sebab menceritakan betapa manusia sanggup menganiaya manusia lain kerana cinta dan duit.. Kesian pada Nadrah yang menjadi mangsa.. Diculik, dicacatkan dan dijadikan peminta sedekah.. Saat sinar mula muncul, derita tetap datang menyapa.. Dijadikan pula pengedar dadah dan dicacatkan lagi.. Memang menginsafkan dan memberi kesedaran.. Darah daging sendiri boleh jadi penjahat..

Semoga anak-anak kita dilindungi.. Aamiin..

Sha baca dan selesai pada 06.10.2018..


Diterbitkan oleh Blank Book

Saturday, October 6, 2018

Persiapan Sekolah Amani & Imani 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun sesi persekolahan bagi 2018 masih belum berakhir, Sha dah mula buat persiapan sekolah anak-anak untuk tahun hadapan.. Bukan apa, kalau beli awal ini harga agak murah dan dapat berjimat.. Buat permulaan ini Sha belikan tudung sekolah dahulu.. 6 helai untuk Amani dan 4 helai untuk Imani.. Kalau ikutkan nak pakai je tudung tahun ini, tapi dah bertanda-tanda dengan kesan gigitan, water colour, cat dan sebagainya..

Maka mak pun kenalah belikan juga tudung baru buat mereka.. Kebetulan Tudung Si Comel ada buat promosi sampai 30 September tudung sekolah dijual dengan harga RM13.90 sahaja (jimat RM3) dan postage RM6.90 sahaja.. Rezeki job blogger pun masuk bertepatan dengan tarikh akhir pembelian, terus Sha beli tudung sekolah anak-anak.. Walaupun job blogger dah tak banyak Sha dapat tapi Alhamdulillah bila dapat bolehlah membantu encik suami untuk persiapan sekolah anak-anak.. Tambahan pula tahun depan Imani dah ke sekolah agama.. Tu yang kena sediakan extra duit..

 
6 helai tudung Saiz M untuk Amani (3 sekolah pagi dan 3 sekolah agama)..
4 helai tudung saiz S untuk Imani (2 sekolah pagi dan 2 sekolah agama)..
Semuanya RM145 termasuk postage..

Variety Show - The Great Escape (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini sambil layan drama Korea, Sha layan juga rancangan Variety dari Korea.. Rancangan-rancangan diorang ini menarik dan mampu buat sha bergelak ketawa dengan bahagia.. kikiki.. Yang terbaru The Great Escape.. Rancangan dimana sekumpulan artis akan diletakkan didalam sebuah bilik.. Mereka akan berkerjasama untuk melepaskan diri dari bilik tu.. Setakat ini baru ada musim 1 dengan 13 episod yang disiarkan..

Artis yang ada dalam rancangan ini ialah Kang Ho-dong, Kim Jong-min (Koyote), Shindong (Super Junior), Yoo Byung-jae, Kim Dong-hyun & P.O (Block B)..

 “The Great Escape” is a game show where the cast members have to work together to escape a secret room.


Friday, October 5, 2018

Fortunately, the Milk by Neil Gaiman (Author), Skottie Young (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penggembaraan seorang ayah dalam membeli sebotol susu untuk sarapan pagi anaknya.. Kikiki.. Memang menariklah bila ayah dia bercerita bagaimana ayah dia boleh balik lambat.. Walhal pergi kedai berdekatan je.. Memang penuh adventure dan penemuan-penemuan menarik.. Buku ini menarik sebab ada ilustrasi sekali.. memang best baca.. Mula baca tak boleh nak letak.. Kikiki..

Sha baca pada 02.10.2018 dan selesai pada 04.10.2018.. Lambat sebab buku tertinggal dekat pejabat.. Rabu tu cuti lah pula..

Pemenang Giveaway Berkongsi Rezeki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah berjaya juga Sha buat Giveaway setelah sekian lama tak buat.. Disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan GA terpaksa Sha tamatkan awal dan pengumuman pemenang pun Sha awalkan.. Oleh kerana sambutan menggalakkan dengan 22 penyertaan dan ada rezeki lebih makanya Sha tambah satu lagi hadiah.. Jadi pemenang yang Sha cari ialah dua orang.. 

Siapakah yang bertuah itu???

Mereka ialah ....

Novel Scarlett oleh Sha Hanim Ramli dimenangi Shikin Razali
 
Novel Psiko oleh Rosa Nur dimenangi Shafyqah Azahar

Thursday, October 4, 2018

Along With The Gods: The Last 49 Days (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga tengok filem ini.. Filem kedua ini lebih suspen dan penuh kejutan.. Hubungan mereka rupanya saling berkait.. Dalam ketiga-tiga Angel of Death ini nak bela roh si Soo-hong ini sebab mati dengan tidak adil, Gang Rim ini ada masa silam yang perlu diselesaikan.. Semuanya terbongkar bila Hae Won dan Duk Choong kena cabut nyawa seorang lelaki tua yang telah melepasi had umurnya.. Lelaki tua ini dijaga oleh dewa periuk.. Sebab tu nyawanya tak berjaya dicabut..

Memang berbaloilah tonton filem ini.. Ambil mana yang baik.. Mana yang tak perlu tu tontonlah sebagai hiburan.. 

Along With The Gods 2: The Last 49 Days
Also Known As: Singwa Hamgge 2: Ingwa Yeon
KMovie | Action, Fantasy, Adapted From A Webtoon | 1 August 2018 |
Angels of death Gang Rim (Ha Jung-Woo), Hae Won Maek (Ju Ji-Hoon) and Duk Choon (Kim Hyang-Gi) are about to take part in Soo-Hong’s (Kim Dong-Wook) trial. The 3 angels of death meet God of House (Ma Dong-Seok). He remembers their past which stretches over 1,000 years ago. Traveling between this world and the next world and the past, the angels of death try to find their secret relationship.

Giveaway Berkongsi Rezeki

TAMAT
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih untuk Sha yang Sha nak kongsi dengan pembaca blog Sha.. Sebuah novel bertajuk Scarlett.. Sebenarnya novel ini tersampai dekat Sha dua buah.. Ada kesilapan teknikal.. Disebabkan Sha memang dah beli sebuah dan sebuah lagi ini Sha berbesar hati nak bagi dekat pembaca blog Sha.. Buku ini buku baru dan masih berbalut elok ye dari penulis... Bukan buku preloved ye.. Cuma mungkin akan ada ucapan untuk Sha lah dalam buku tu..

Disebabkan Sha dapat sedikit rezeki hasil job bersama Dutch Lady.. Sha tambah sebuah lagi buku sebagai hadiah.. Buku baru bertajuk PSIKO oleh ROSA NUR... Jadi pemenang ada 2 ye.. 

Syaratnya mudah sahaja:-
Follow media sosial Sha seperti dibawah
Tinggalkan nama, email, nama FB dan IG di komen.

Syarat tambahan untuk pemenang - Buat entry review untuk novel Scarlett dan Psiko ini di Blog, Instgram dan Facebook kemudian tag Sha.. 

Pemilihan pemenang menggunakan random.org

Tarikh tamat Giveaway ini pada 04.10.2018
Pengumuman pemenang pada 05.10.2018

Yang ada reben tu lah hadiahnya.. Yang sebelah tu buku Sha..
Ini hadiah pertama..

Hadiah kedua.. Terus dari penulis.. Akan disertakan tandatangan penulis ye.. Kalau berminat boleh ke Facebook Beliau di SINI..

Peserta
1. Shafyqah Azahar (Psiko oleh Rosa Nur)
2. S.K. (Binary oleh Zarini Mansor)
3. JAMIL HASHIM
4. Tiara Sapphire
5. Kin Naz
6. sayidah napisah
7. Cuya
8. ejulz
9. Adianiez Aida
10. Syah BaNu
11. Ika.S
12. Aisyah Sukor
13. farhanna jafri
14. Safeni Feni
15. Mrs Pip
16. Shikin Razali (Scarlett oleh Sha Hanim Ramli)
17. Hani Fadhlina Abdul Rahman
18. Atie Rose
19. Farrah MF 
20. Mia Liana
21. ct cheery
22. Radhia Razali

Blog KasihkuAmani di Review

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. minggu ini memang minggu yang sangat menggembirakan Sha.. Menang top komentator sebelum ini.. Dan berjaya dipilih untuk di review oleh Blogger Shikin Razali di blog beliau.. Memang bertuah rasanya.. Walaupun minggu lepas banyak dugaan dan cabaran namun minggu ini Allah berikan kemanisan buat Sha.. Terima kasih Sha ucapkan pada Shikin kerana sudi memilih blog Sha untuk di review.. Terharu sangat-sangat... Boleh baca reveiw Shikin di SINI..

Siapa-siapa yang belum follow blog shikin, bolehlah klik SINI ataupun gambar dibawah ini..

https://www.shikinrazali.com/

Wednesday, October 3, 2018

Pertandingan Inovasi Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 2014, kali ini sekali lagi Sha bersama staf Perpustakaan yang lain menyertai Pertandingan Inovasi.. Kali ini dianjurkan oleh UiTM Merbuk, Kedah.. Pertandingan ini berlangsung selama 1 hari sahaja..

Dugaan nak ke Kedah ini pun boleh tahan juga.. Kalau ikut hati memang nak putus asa dah.. Emosi betul-betul terganggu.. Lama dah tak jadi macam ini.. Tekanan perasaan itu datang dari rakan sekerja dan juga dari rumah.. Namun bila di kaunseling dan di tarbiah oleh encik suami, Sha gagahkan juga untuk pergi.. Gerak dari Politeknik jam 11 pagi malangnya kenderaan jabatan tak boleh hidup masa semula lepas berhenti isi minyak di RnR RTC Gopeng.. Lama jugalah kami menunggu kedatangan mekanik.. Jam 3.40 petang baru gerak semula setelah starter (Alatan yang rosak) diganti baru.. Sampai Sg. Petani jam 6 lebih.. Terus daftar masuk di Hotel Seri Malaysia.. Tiada entry pasal hotel sebab perkhidmatan dan bilik sangat tidak memuaskan.. Cukuplah sekali sahaja.. Malam lepas maghrib kami keluar makan.. Makan dekat medan selera jam besar.. Makanannya okay-okay sahaja.. Disebabkan Sha menahan sakit pinggang, tak adalah nak ambil gambar makanan.. Memang makanan sampai terus makan dan makan ubat.. Sampai hotel dekat jam 11 malam sebab pergi survey tempat pertandingan sekali.. Sha emmang terus tidur sebab dah makan ubatkan.. Fikir nak rehat je..

Esoknya pagi jam 6.40 kami dah siap-siap daftar keluar hotel.. Sebab pertandingan mula jam 8.00 pagi.. Lepas sarapan dekat hotel terus gerak ke UiTM Merbuk.. Sampai je Dewan Perdana, kami pun siapkan meja untuk penjurian.. Penjurian bermula seawal jam 9.30 pagi.. Setiap meja akan didatangi 2 orang hakim untuk menilai hasil kerja peserta.. Jam 12 dah selesai.. Sementara tunggu pengumuman pemenang, kami pergi makan dan juga solat.. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakukan pada jam 2.30 petang.. Alhamdulillah "elib2u" (sistem yang kami bangunkan dengan kerjasama unit ICT) berjaya memperolehi Anugerah Emas untuk Kategori Inovasi.. Memang berbaloilah..

Meja kami..

 
 Sesi penerangan.. Bukan Sha je.. Bos Sha yang banyak bagi penerangan.. Sha bantu-bantu je..

Yeah!! Menang.. Kenangan manis untuk tahun 2018..

Tuesday, October 2, 2018

Berusaha Untuk Menang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kak SA tinggalkan komen dekat entry Sha di SINI, terus rasa semangat nak dapatkan hadiah dari Kak SA.. Teruja okay.. Sebab hadiahnya Novel.. Dan terharu sangat bila Kak SA bagi tahu Sha yang memang peminat novel ini..Dan pagi tadi Kak SA umumkan pemenang.. Yeah!! Sha berjaya.. Bila berjaya rasa macam nak lompat bintang tau.. Boleh tengok entry kak SA di SINI..

 
Ini komen yang kak SA tinggalkan di entry Sha..

Setakat 20.09.2018 Sha dah berjaya tinggalkan 57 komen.. Kikiki.. Nampak tak usaha dan semangat Sha tu.. Siap komen entry yang lama-lama.. Demi memenangi novel dari kak SA..

Setakat 23.09.2018, Sha berjaya tinggalkan 74 komen di blog Kak SA.. Semangat sebab Kak SA yang pelawa suh jadi pengomen tegar.. 🤭

Pada 28.09.2018 Sha dah berjaya meninggalkan 100 komen.. Gigih tak gigih demi sebuah buku.. Hahaha.. Kalau dah peminat buku, memang sanggup berusaha..

http://www.suriaamanda.com/
Yeah!! Menang.. Korang kalau nak menang, pergilah rajin-rajin tinggalkan komen dekat blog Kak Suria ini.. Hadiah diberi tiap-tiap bulan tau.. Boleh eratkan silaturrahim juga.. Klik je gambar atas ini kalau nak ke Blog Kak Suria Amanda..

Terima Penghargaan dari Blogger Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat berita gembira.. Blogger Anies nak bagi penghargaan dekat Sha sebab selalu tinggal komen di blog Anies.. Teruja dan gembira.. Sha doakan semoga makin murah rezeki Anies.. Aamiin.. Boleh tengok entry Anies pasal penghargaan ini di SINI..

Selain Sha, ada dua lagi penerima hadiah..

Seronok tau baca blog Anies sebab Anies rajin sangat review pasal filem-filem terbaru dan percutian beliau.. Bila singgah blog Anies rasa macam kita pun turut berjalan sama dengan Anies.. Jom follow blog Anies.. Klik je gambar dibawah..

https://aniesandyou.blogspot.com/

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com