Saturday, February 20, 2021

Komik | Kembara Bawang oleh Syila Olala

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak jengah PNM e-Reader, tak sangka banyak buku baru untuk dibaca.. 

Komik Kembara Bawang ini memaparkan Bawang sebagai heronya.. Nak panggil ulas ke ek.. Hahaha.. 3 ketul bawang yang comel telah diminta mencari buah putat untuk dijadikan ubat.. Malangnya mereka ditimpa kemalangan dan menemui ikan-ikan sungai yang mati dalam keadaan pelik serta batu meteor yang jatuh ke bumi.. Dan cerita bersambung.. hehehe.. Komik bersiri lah pula..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Studio Kembara Sdn Bhd

Friday, February 19, 2021

Komik | Misi PT3 (Komik Misi #01) oleh Nazry Salam, Afiq

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik Misi membawa Misi PT3 pula kali ini.. Walaupun PT3 dah tak ada lagi namun komik ini masih releven dibaca kerana apa pun peperiksaan, keinginan untuk belajar itu penting.. Kaedah pembelajaran yang betul juga dapat membantu menghasilkan keputusan yang baik selain perlu sentiasa menjaga solat..

Komik ini juga turut memberikan tips menguruskan masa dengan mengubah rutin harian dari melakukan perkara tidak berfaedah kepada perkara yang berfaedah dan tips yang kedua ialah membuat dan mengikut jadual waktu.. Ini pasti dapat memaksimakan penggunaan masa kita..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2021

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader
Published May 1st 2017 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd (first published March 20th 2010)

Tukar Kaca Mata 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga tukar cermin.. Bingkai kita pakai yang lama je.. Bingkai elok lagikan.. Barulah lega pandangan mata.. Tak adalah berair dan sakit kepala lagi.. Harapnya lamalah bertahan power cermin mata ini.. Harga untuk kaca tu pun dah naik.. Tak samalah macam tahun lepas.. Setahun je kena tukar.. huhuhu..

Filem Philippine | Mystified (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas kuciwa tengok drama fantasi Winx, Sha cuba layan Mystified, filem dari Filipina.. Okaylah menarik.. Kisah 4 orang ahli sihir yang telah dihukum selepas berjaya mengurung Helga kerana tidak lagi sefahaman.. Mereka disuruh ke dunia manusia dan sesuaikan diri dengan kehidupan manusia.. Namun lepas 300 tahun macam tu, mereka kembali diserang kuncu-kuncu Helga hingga berjaya menyebabkan Helga bebas.. Rupanya konspirasi nya lebih besar bukan setakat membebaskan helga sebaliknya ada satu lagi kuasa kegelapan yang cuba melepaskan diri.. Ending dia macam akan ada sambungan.. Tapi tak pastilah ada k tak.. Filem ini tahun 2019, sekarang dah 2021.. Tak nampak bayang lagi sambungannya..

Boleh tengok kat SINI..

Movie: Mystified
Also Known As: Sanggres of Manila
Director: Mark A. Reyes
Genres: Friendship, Fantasy, Supernatural
Country: Philippines
Release Date: Mar 29, 2019
Duration: 1 hr. 26 min.
Four witches Althea, Kathalina, Helena and Adela find themselves in a new world trying to fit in - a world where no one believes in magic anymore. How can this Coven of 4 defend the modern world from evil forces when their supernatural being and powers have been reduced to near extinction? Starring: Iza Calzado, Karylle, Diana Zubiri, and Sunshine Dizon - the original ensemble cast of "Encantadia"

No Sugar Dark Chocolate Hazelnut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makanan sihat tau.. Hehehe.. Sha beli ini sebab sukakan coklat gelap.. Tak sangka pula anak-anak Sha pun suka makan.. Memang berbaloilah beli.. Hahaha.. Sebenarnya Sha nak beli Dark Roasted Coffee Almond Butter macam yang Blogger Kak Farah kongsikan di blognya.. Baca sini http://famf-tower.blogspot.com/2021/01/dark-roasted-coffee-almond-butter.html.. Tapi disebabkan berlaku kesilapan tak disengajakan, Sha terbeli yang ini.. hehehe.. Tapi masih lagi sedap dan disukai oleh Amani dan Imani juga.. Puas hati tengok anak-anak makan makanan yang Sha beli.. Sha beli dekat Shopee..

Harga sebotol RM26.90 + postage RM4.03.. Berbaloilah pada Sha..

Dapat free gift bekas mask, mask dan juga kelender poket..


Sedap je bila sapu dekat roti.. Tapi Amani tambah nutella.. hehehe.. 

Thursday, February 18, 2021

Random Photo #5 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Dah makan malam ke? 2,3 minggu ini panas betul cuaca.. Malam tidur pun tak berapa lena.. Tempat korang macam mana pula.. Dengan BDR nya, PDPR anak-anak lagi.. Sabar jelah..

Menu hari Khamis bila BDR, seawal pagi dah masak lauk.. hahaha.. Dengan harapan tahan sampai ke malam.. Buat daging masak kicap dan gulai lemak kobis je.. Cepat dan ringkas..

Kenapa adik angkat tangan?? Cikgu suruhlah mak.. Hehehe.. Dah pandai dah dia guna Google Meet.. Walaupun tak berapa suka buka kamera dan audio, pandai dah dia bila cikgu tanya baru dia on kan audio untuk jawab.. Hahaha.. Macam-macam.. Tapi bila bab buat kerja sekolab memang kena duduk sebelah.. Banyak sangat mengelat..

Beli Ramly Samosa Daging pula.. Sedapnya.. Inti dia penuh dan tak pedas.. Memang bestlah.. Harga lupa lah pula.. hehehe

Isnin baru ini dating berdua dengan encik suami.. Kebetulan kena gi bank, lepas selesai urusan menyinggahlah kami ke tempat makan kesukaan kami.. Makan mee kicap Ayah Din.. hehehe.. Rasanya tetap sama dan sedap.. Kuantiti pun banyak..

Ini stok coklat untuk kudap-kudap sambil baca buku.. hehehe.. Cadbury milk tu Sha beli sebab bentuk love.. Hahaha..

Stok tisu comel.. Hahaha.. Beli sebab bungkusan dia cantik dan cute.. Harga pun okaylah tak mahal sebab Sha tebus coins Shopee.. 30pcs ini RM19.52 je..

Filem Thailand | Oh My God Father (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik nak tengok filem ini sebab terbaca review Farhana Jafri.. Baca sini Farhana punya review https://www.farhanajafri.com/2021/02/movie-review-my-god-father.html.. Memang ngamlah review Farhana dan perasaan Sha bila tengok filem ini.. Hahaha..

Kisahnya si anak yang mengalami kemalangan dan kembali ke zaman dimana ayah dan emakanya baru nak berkahwin.. Memang kelakar tengok karekter anak dan ayah ini bila dah jumpa.. Filem kembali ke zaman lampau ini kena tengok dengan lapang dadalah.. Nama pun filem fantasikan, tak bolehlah nak cari logiknya.. Yang pasti bila tengok filem ini ada emosi sedih, kelakar dan juga gembira.. Puas hatilah tengok filem ini dengan Imani.. Hahaha.. Walaupun penat menjawab soalan Imani..

Movie: Oh My God Father
Also Known As: Oh My God Father
Genres: Comedy, Family, Fantasy
Country: Thailand
Release Date: Oct 13, 2020
Duration: 1 hr. 44 min.
The film tells the love story of three personanges. Got, Prem and Biw.
Got is an orphan and lives with his father, a guy who runs around unpleasantly. Prem was the leader of a group of three young men who did not get along with Got, but then both became friends. And, Biw, who has two different personalities.
(Source: phymnhanh.net)


Sample Tuala Wanita dari Laurier

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin Sha terima sample ini.. Tak pastilah masa bila minta.. Linknya pun dah tak jumpa.. Dapat dua jenis.. Satu yang biasa dan satu yang overnight.. Tak ada wing.. Bolehlah untuk cubakan.. Selalu Sha guna Kotex.. 

Tidur nyenyak katanya kalau pakai.. Nanti kita cuba, nyenyak ke tidak.. hehehe

Wednesday, February 17, 2021

Filem Korea | Space Sweepers (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Bila bumi tak lagi cantik untuk diduduki, maka manusia mula mengembara ke planet lain.. Namun bukanlah mudah untuk menjadikan Mars seperti bumi bila ada manusia yang mengambil kesempatan.. Sebuah kapal angkasa bernama Victory yang krunya kerja membersihkan angkasa telah dengan tak sengaja terjumpa seorang budak atau dihebohkan sebagai robot yang berbahaya bernama Dorothy.. Tae Ho yang ingin mencari duit bagi mendapatkan kembali mayat anaknya yang berada diangkasa telah menghubungi Kang Hyeon U untuk menukarkan Dorothy dengan duit, malangnya pihak UTS telah menyerang hendap mereka dan Dorothy telah melindungi mereka dari ditembak.. Kapten Jang yang melihat kejadian tersebut mula menyelidiki identiti sebenar Dorothy.. Rupanya Dorothy bukanlah seperti yang disangka dan ada konspirasi besar yang cuba memusnahkan bumi dengan letupan bom hidrogen.. 

Memang kisah yang lurus je perjalanan ceritanya namun seronok ditonton.. Kalau betullah bumi akan hancur seperti dalam filem ini, macam manalah agaknya nasib manusia ye.. Pokok tak tumbuh, bumi tercemar teruk dan tak boleh nak diduduki.. Tak terbayang dek akal..

Movie: Space Sweepers
Also Known As: Lightning Ship, Lightning Arc, Spaceship Victory, Victory Ship, Seungriho, Beongaeho, The Victory
Screenwriter & Director: Jo Sung Hee
Screenwriter: Yoon Seung Min, Yoo Kang Seo Ae
Genres: Action, Adventure, Comedy, Drama, Sci-Fi, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Feb 5, 2021
Duration: 2 hr. 16 min.
It’s 2092 and space is littered with floating satellites and deserted spaceships. The crew of the junk collector ship, The Victory, travels throughout space looking for saleable garbage. With heavy competition from other junk collector ships, speed is the key to besting their rivals from other nations. 
When they discover the humanoid robot named ´Dorothy’, a known weapon of mass-destruction, a risky business deal soon follows. (Source: Soompi)

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 11 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk kali ini ialah Alam Pak Din (Part 1), maksudnya akan ada sambungan lagi next week.. Hehehe.. Permulaan cerita Pak Din meninggal lepas ternampak apaknya.. Kemudian Pak Din banhkit semula dan pulang ke rumah.. Malah beberapa orang kampung turut melihat Pak Din.. Tengah ketakutan di kunjungi arwah Pak Din boleh pula muncul si Adam.. Hehehe.. Adam AF tu.. Bantuan diberikan oleh Adam AF untuk memulihkan keadaan.. Tapi kenapa dikatakan cerita ini part 1 kalau semua telah kembali pulih?? Kenalah tunggu sambungannya ye tak.. 

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, February 16, 2021

Filem China | The Yin-Yang Master: Dream of Eternity (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem fantasi mengenai seekor ular syaitan yang dikurung ditengah kota imperial dan dikawal 4 penjaga batu cuba bangkit semula.. Qing Ming telah diarahkan ke kota imperial untuk menghalang kebangkitan ular syaitan yang hanya membawa petaka.. Qing Ming berkenalan dengan Boya yang membenci demon dan mereka akhirnya berkerjasama menyelesaikan kes pembunuhan dan menghalan kebangkitan ular syaitan..

Part paling best bila Boya bertukar menjadi guardian dan melindungi Qing Ming.. Kikiki.. Fantasikan.. Seronok tengok diorang lawan-lawa, ada kepak, ada sisik dan boleh terbang.. hehehe..

Also Known As: Yin-Yang Master I , Qing Ya Ji , Ching A Jaap , Onmyoji , Onmyouji
Screenwriter & Director: Edward Guo
Genres: Action, Adventure, Historical, Fantasy, Supernatural
Tags: Bromance, Demon, Friendship, Supernatural, Adapted From A Novel, Mystery, CGI, Shamanism, Kind Male Lead, Strong Friendship (Vote or add tags)
Country: China
Type: Movie
Release Date: Dec 25, 2020
Duration: 2 hr. 12 min.
The film adaptation is set in a mystical fantasy world where humans and supernatural beings co-exist together. It tells the story of how cosmologist Qing Ming and his friend Bo Ya, who he met whilst taking part in celestial rituals up in heaven, crack baffling and weird cases together. In their many adventures, the pair uncover a century-old secret and ends up saving humanity. (Source: DramaPanda)
~Adapted from the novel series "Onmyouji" by Yumemakura Baku~


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com