Thursday, February 18, 2021

Random Photo #5 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Dah makan malam ke? 2,3 minggu ini panas betul cuaca.. Malam tidur pun tak berapa lena.. Tempat korang macam mana pula.. Dengan BDR nya, PDPR anak-anak lagi.. Sabar jelah..

Menu hari Khamis bila BDR, seawal pagi dah masak lauk.. hahaha.. Dengan harapan tahan sampai ke malam.. Buat daging masak kicap dan gulai lemak kobis je.. Cepat dan ringkas..

Kenapa adik angkat tangan?? Cikgu suruhlah mak.. Hehehe.. Dah pandai dah dia guna Google Meet.. Walaupun tak berapa suka buka kamera dan audio, pandai dah dia bila cikgu tanya baru dia on kan audio untuk jawab.. Hahaha.. Macam-macam.. Tapi bila bab buat kerja sekolab memang kena duduk sebelah.. Banyak sangat mengelat..

Beli Ramly Samosa Daging pula.. Sedapnya.. Inti dia penuh dan tak pedas.. Memang bestlah.. Harga lupa lah pula.. hehehe

Isnin baru ini dating berdua dengan encik suami.. Kebetulan kena gi bank, lepas selesai urusan menyinggahlah kami ke tempat makan kesukaan kami.. Makan mee kicap Ayah Din.. hehehe.. Rasanya tetap sama dan sedap.. Kuantiti pun banyak..

Ini stok coklat untuk kudap-kudap sambil baca buku.. hehehe.. Cadbury milk tu Sha beli sebab bentuk love.. Hahaha..

Stok tisu comel.. Hahaha.. Beli sebab bungkusan dia cantik dan cute.. Harga pun okaylah tak mahal sebab Sha tebus coins Shopee.. 30pcs ini RM19.52 je..

12 comments:

  1. Whoaaa.. tertarik dgn coklat tu.. nak cariklahh. huhu.. Moga adik berjaya dalam pelajaran.. Amin

    ReplyDelete
  2. suka samosa..tapi malas nak buat sendiri sebab leceh nak lipat. MY pun suka beli tisu comel comel

    ReplyDelete
  3. samosa daging tu atie suka ,sedap

    ReplyDelete
  4. mee kicap tu nampak macam sedapnyer
    Mulai esok dah boleh duduk lebih 2 orang kat kedai makan.

    ReplyDelete
  5. waalaikumusalam sha
    seriously pdpr mmg mcabar, saya kena jd cikgu from office. hari2 kena remind dak ava suruh abiskan tugasan.
    esok wfh, rasa nak cari samosa tu lak eh. hehee

    ReplyDelete
  6. Bila sibuk, senang sekali masak sampai ke malam. Lama-lama dan BerPDPR, pandai dah dia guna GM. Tak pernah makan algi mee kicap. macam sedap tu. Comel lah pulak packaging tisu :)

    ReplyDelete
  7. menu simple tu yg leh buat kita bertambah makan tu...
    pdpr - memang mencabar utk working mom ...kan?
    x pernah jumpa lagi samaso ramly tu
    lama x kuar dating ngan anak2
    wow..cadbury love2 tu..menariks
    comei je tisu tu, ayu selalu beli kat watson..pun sama sbb comei. he he he

    ReplyDelete
  8. sy nmpk jg samosa daging tu ms g kedai frozen. tp tangan capai benda lain��

    ReplyDelete
  9. Best jugak dah boleh dine in ni. Lagi feel kalau makan kat kedai

    ReplyDelete
  10. Adeh apesal.byk gambo maknanya ni.i.cannot

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »