Thursday, February 4, 2021

Random Photo #4 2021

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Tak sangka dah masuk 4 entry mengenai random photo yang Sha kongsikan di blog.. seronok pula buat entry random photo ini sebab boleh bubuh apa je gambar yang kita nak dan setiap satu gambar ada cerita yang tersendiri..

Wajah baru tapi rasa masih sama.. Pembungkusan baru ini lebih memikat untuk dibeli.. 

Lama tak masak spaghetti Bolognese ini.. Guna isi ayam, capsicum dan hotdog je..

Lambat proses membalut buku sebab penerimaan buku teks darjah 5 lambat.. Lepas tu sekolah pun dari rumah je.. Kurang bersemangat emaknya nak membalut.. hehehe..

Beli lagi buat stok.. Sha suka nasi arab yang ini.. Mudah dan sedap rasa rempah dia..

Baru je beli, tu pun online di shopee..Tak jumpa lagi dekat kedai atau pasaraya.. Masaknya belumlah lagi.. hehehe.. Satu ini harga dia RM5.80.. Nanti kalau dah guna Sha buat entry lain ye..

Beli Ahmad Tea lagi.. Kali ini saja cuba Camomile & Lemongrass (RM9.50) pula.. Okaylah rasa dia, unik.. Hehehe.. Peach & Passion Fruit (RM10.40) tu memang kesukaan Sha.. 

Kakak bila ada kelas online tak payah nak pantau sangat.. Dah pandai dah nak berinteraksi dengan cikgu dan menggunakan Google Teams.. Dapat tugasan terus buat..

Yang kecik ini kena duduk sebalah dia.. Mak sambil buat kerja pejabat, sambil pantau dia buat kerja sekolah.. Satu subjek sampai 3 jam.. Hahaha..

10 comments:

  1. Roti tu tak terbeli-beli lagi. Uhuk uhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. Takpe.. kalau jumpa bolehlah beli dan rasa..

      Delete
  2. Gardenia sambal bilis dulu bekalan Ai hari-hari pergi kuliah. Tapi makin lama makin mahal pula. Ai bertukar dengan roti lain yang lebih murah.

    ReplyDelete
  3. Anak Mrs.A Aryssa pun suka Ahmad Tea ginger + honey nak buang angin + nak kurus katanya.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan roti baru. Rupanya tukar packaging je.

    ReplyDelete
  5. Belajar rajin-rajin ye kakak dan adik

    ReplyDelete
  6. satu subject sampai 3 jam.. berangan ye dia haha

    ReplyDelete
  7. Cabaran belajar di rumah mujur kakak dah pandai.. nasinarab tu sha selalu beli ye. Mmg sedap kan

    ReplyDelete
  8. Oden tu ramai yang dah cuba beli. Benda viral susah nak jumpa, selalu habis cepat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »