Thursday, February 11, 2021

FamilyMart, Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kan Sha pergi Teluk Intan bawa Amani.. Alang -alang dah berjaya rentas Daerah tu, Sha pun lajaklah ke Family Mart yang baru dibuka di Teluk Intan.. Mujurlah senang nak cari.. hehehe.. Nak masuk kena beratir sebab tak boleh ramai-ramaikan dalam kedai.. Sempatlah memborong apa yang patut.. hehehe.. Tapi maaflah tak sempat nak snap gambar dalam Family Mart, nak cepat ke Hospital..

Ini antara yang berjaya di beli.. hehehe.. Kalau ikut nafsu, banyak lagi sebenarnya tapi nanti tak ada siapa pula nak makan.. hahaha..

Tiramisu Parfait ini sedap betul.. Secukup rasa je kopi dan krim dia.. Memang best makan waktu sejuk sambil menonton tv atau membaca buku.. Harganya RM5.90..

Onigiri Salted Egg Shrimp.. Kurang kena dengan tekak Sha.. Rasa telur masin dengan udang tu tak berapa kena.. hehehe.. Harganya RM4.90..

Roti Parmesan Chicken Slice ini pun sedap tapi tak perasan tarikh luput dia semalam.. Hahaha.. Elok je makan, tak rasa pelik pun.. Memang berbaloilah beli.. Hahaha.. Harganya RM2.90 je..

Mochi Bun ini pun sedap.. Rasa kenyal-kenyal dan best sebab ada bijan hitam.. Tak berapa manis, memang best lah bila kawankan bersama secawan kopi..

Cheese Puding ini sedap.. Tambah bila makan sejuk-sejuk.. Bahagin atas dia cheese dan bawahnya puding caramel.. Memang best dan sedaplah.. Harganya RM6.50..

9 comments:

  1. Saya nak bawa lari cheese puding tu heheheheee.

    ReplyDelete
  2. amboi Sha syoknya dapat ke Teluk Intan kampung kak ana,rindu nak balik kampung macam2 ada dah kat TI sekarang ni kan :)

    ReplyDelete
  3. visiting, lama tak pergi Teluk Intan

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je tiramisu tu. Naniey tak pernah masuk Family Mart. Husband ada masuk last year tu pun sekali je sebab nak try Oden. Lol.. Orang lain dah lama makan Oden,kami baru try last year. Lepas tu tak masuk dah sampai sekarang.. Hehe

    ReplyDelete
  5. I really love the puding. Family mart depan rumah je ni tapi dah jarang pergi haha

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak pergi Family Mart. Hehehe

    ReplyDelete
  7. rindunyaa nak pergi familymart dekat japan.. ada dua favorite atie yg takjual dekat malaysia :(

    ReplyDelete
  8. Onigiri so far kena dengan taste saya. Onigiri je lah yang selalu dapat beli pun. Yang lain memanjang tak ada dekat rak. huhu. Teringin puding cheese dan cheescake.

    ReplyDelete
  9. bestnyaa..sini xde family mart..teringin nk rasa oden hahaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »