Sunday, February 7, 2021

Resepi | Tumis Fu Gui Cai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali jumpa sayur ini dijual dalam bentuk kelopak bunga ini.. Selalunya kuncup je dalam plastik.. Tapi tulah, dah potong baru teringat tak ambil gambar sayurnya.. Hahaha.. Jenuhlah cari dekat Google Image.. Mujur jumpa.. Sha kongsikan dekat bawah gambarnya.. Sayur ini juga dikenali dengan nama Tatsoi dan Sawi Pagoda.. Pada Sha rasa sayur ini sedap je.. hehehe.. Macam makan sawi cuma lebih rangup.. Gitu.. hehehe..

Cantikkan.. Ini jumpa dekat Google Image tau.. Bukan gambar Sha..

Resepi Tumis Sawi Pagoda
Bahan-bahannya
1. Seulas bawang merah dihiris
2. Seulas bawang putih dihiris
3. Sebiji cili hijau/merah dihiris
4. 8 ekor udang dibuang kulit dan dibelah dua
5. Sedikit kiub ikan bilis knorr
6. Sejambak sayur sawi pagoda dii potong ikut suka
7. Minyak untuk menumis
8. Sedikit air dan garam sebagai perasa

Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan minyak.
2. Tumis semua bahan hiris hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan kiub ikan bilis..
4. Setelah udang separuh masak, masukkan sayur dan sedikit air..
5. Biarkan sehingga sayur dan udang masak. Tutup api, masukkan garam (sekiranya perlu) dan bolehlah hidangkan..


13 comments:

  1. Kalau jumpa dijual kembang tu memang beli terus. Rasa macam tak pernah jumpa jual kembang macam tu. Sedap tumis campur udang :)

    ReplyDelete
  2. Eh macam tak pernah jumpa plak kat mana- mana pasar....menarik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.. Sha pun pertama kali jumpa orang pasaraya jual kembang gini..

      Delete
  3. Replies
    1. Ha ah lah wak.. Masak lemak.. Tq wak.. Boleh nanti buat..

      Delete
  4. Ini kalau makan dengan nasi putih ni memang tak perasan orang lalu kat belakang. Nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sayur dia Baizura.. Sha ratah je.. Tak makan dengan nasi.. hehehe

      Delete
  5. cantik nya kembang macam bunga gitu...

    ReplyDelete
  6. cantiknya bentuk dia... klu nmpk dekat luar ni rasa mcm bukan sayur but pokok hiasan

    ReplyDelete
  7. first time dengar nama sawi ni... tengok pun tak pernah

    jemput join giveaway su ya!
    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html

    ReplyDelete
  8. Cantik pula sayur tu kembang begitu. Akak tak pernah jumpa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »