Monday, February 8, 2021

Subway: Cheesy Melt Beef

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah sebenarnya Subway ini dibuka dekat Tanjung Malim tapi disebabkan ada isu dengan sijil Halal terus terbantut nak singgah.. Pagi semalam masa tengah fikir-fikir apa nak dimakan terlalu depan Subway ini, terus semak dekat Portal Rasmi Halal Malaysia.. Alhamdulillah ada sijil Halal nya, teruslah singgah.. Lama tak menapak ke sini.. Ada beberapa menu baru yang menarik.. Sempatlah Sha menapau Mac & cheese, mushroom sup dan Cheesy Melt Beef..

Lambat sarapannya.. Banyak kerja lain nak dibuat.. hehehe.. Kopi kedah sebagai peneman.. hehehe..

Cheesy Melt Beef sekali air RM14.00 dan Sha pilih roti Parmesan Oregano.. Okaylah rasa dia.. Cuma roti dia sedikit keras dan liat.. Mungkin terlebih bakar kot.. Tapi kepingan cheese dan daging banyak.. Puas hati..

Mac & Cheese ini pula harganya RM7.40 semangkuk.. Memang cheesy habislah..

Mushroom sup ini harganya RM5.85 dan yang ini paling berbaloi pada Sha.. Sedap gila mushroom sup dia.. Puas hatilah.. Pekat dan rasa cendawan yang sangat mewah.. Memang kalau ke Subway akan Sha beli lagi.. hehehe..

12 comments:

  1. Lama xmkn Subway..dlu suka Parmesan oregano roti tu tp skarang slalu pilih Italian.. Xpernh beli mac and cheese and mushroom soup tu.. Mmg yummy nmpknya

    ReplyDelete
  2. atie tak reti nak order subway, nanti klu masok sana nak order sebiji mcm kak sha ni la

    ReplyDelete
  3. Last saya makan Subway 2 minggu lpeas itu pun sebab nak derma darah :)

    ReplyDelete
  4. Menu diet sedap tapi mahal. Tak boleh nak makan hari-hari.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah lagi cuba makanan di Subway. Tak tahu pula diaorang ada mushroom soup.

    ReplyDelete
  6. rindunya nak makan subwayyyy..dapnyaa

    ReplyDelete
  7. Mac & cheese subway memang cheesy.Saya pun suka roti parmesan oregano. sedap rasa herbs tu

    ReplyDelete
  8. ahhh sedapnya subway... lama tak makan, sini subway terdekat pun sejam lebih ><

    ReplyDelete
  9. Tengok entri Sha ni baru akak sedar dah satu tahun setengah akak tak makan subway huhuhu teringin pula jadinya! Bab roti, akak suka pilih hearty italian dan parmesan oregano. Dua-dua best :)

    ReplyDelete
  10. Lamanya x makan subway. Cheesy melt beef tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »