Tuesday, February 2, 2021

Webtoon | Sweet Home by Youngchan Hwang, Carnby Kim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini ada nampak Page Kakimuvee dan Netflix ada kongsikan pasal live action drama bertajuk Sweet Home yang diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.. Cari punya cari, jjmpalah Sha dengan webtoon tu.. Tapi kena baca sehari satu episod je.. huhuhu.. Untuk November ini dia bagi 3 episod setiap hari, bestlah.. Kalau tak setiap hari satu episod je.. Kalau nak baca banyak kena beli coins.. Tak kuasalah Sha.. Tunggu jelah bacaan free..

Tajuk je sweet.. Ceritanya tak sweet langsung.. Hahaha.. Namun ada sebab kenapa penulis bubuh tajuk cerita ini Sweet Home.. Kena baca sampai habis baru boleh tangkap sebabnya.. 

Ceritanya agak ngeri dan mendebarkan.. Penuh raksasa didalamnya.. Kisah seorang budak sekolah yang mengalami satu peristiwa memencilkan diri didalam bilik.. dengan ahli keluarga dia pun dia tak berbual.. Hinggalah akhirnya ahli keluarga beliau mati kemalangan dan meninggalkan beliau seorang diri.. Beliau berpindah ke sebuah apartment dan menetapkan 25hb sebagai tarikh untuk beliau bunuh diri.. Namun malangnya dunia berubah dimana manusia mula bertukar menjadi monster bila kalah pada keinginan yang terpendam dalam diri.. Memang menakutkan sebab dia sendiri namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan dia mula bangkit untuk menolong orang disekelilingnya.. Dalam masa yang sama dia juga perlu berperang dengan monster yang ada dalam dirinya.. Bukan mudah untuk terus kekal waras dan mengawal diri dari berubah namun keinginan untuk terus jadi manusia sangat kuat hingga dia terus kekal menjadi manusia semula walaupun telah berubah menjadi monster.. Perjalanan cerita komik ini berlaku di dalam apartment yang diduduki hero, pengakhirannya bila mereka terpaksa meninggalkan apartment tersebut..

Sha baca webtoon ini bermula pada 25.11.2020 dan berjaya menyelesaikannya pada 01.02.2021..

Sha baca online di Webtoon..
Published January 15th 2018 by LINE Webtoon (first published October 12th 2017)

14 comments:

  1. menarik ni sbb tajuk x menggambarkan isi dalamnya pandai penulis tarik minat pembaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. Ingatk sweet lah cerita ini macam tajuk rupanya lain..

      Delete
  2. kalau tengok tajuk je ni, mesti ingat cerita happy happy haha

    ReplyDelete
  3. Yang series tu saya baru tengok episod satu. Best jugak kalau dapat layan versi webtoon ni.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Yup.. webtoon dan drama.. kedua-duanya menarik..

      Delete
  5. jenuh nak tunggu, saya tengok drama dia je lah..hehe

    ReplyDelete
  6. Mama tgk drama sweet home best sgt. Sama x mcm dlm webtoon jalan cerita dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama kak.. Namun kedua-duanya menarik.. Drama dan juga webtoon..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »