Tuesday, February 23, 2021

Novel | Life Baggage oleh Syaz Eym

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini Sha terima dari penulis sebagai hadiah.. Terima kasih Sha ucapkan pada penulis dan tahniah juga untuk buku yang kedua.. Antara buku fizikal yang Sha pilih untuk baca pada bulan Februari ini..

Penulis membawakan tajuk Life Baggage atau dalam bahasa Melayu Bagasi Hidup.. Menggunakan font yang besar memang memudahkan pembacaan malah cover hadapan beliau juga sangat memberikan gambaran tentang isi didalamnya..

Ada 3 kisah dalam ini.. Kisah 1 dan 2 ada pengajaran yang tersendiri tapi kisah 3 paling memberi impak pada Sha.. Kisah Segala Tentang Dua yang memaparkan betapa berseliratnya hidup manusia ini bila keputusan yang dibuat itu berdasarkan rasa mahu memiliki.. Kisah Hatim, Najah, Fendi, Jahra, Mustaqim dan Yasmin.. Kisah mereka yang saling berkait namun akhirnya bertemu bahagia pada peluang kedua.. Sha jatuh cinta dengan apa yang penulis sampaikan melalui Hatim..

'Percaya pada peluang kedua'

'Mensyukuri apa yang kita ada dan yang kita mampu beri'

"Menghargai dan menikmati walaupun perkara-perkara kecil. Sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana. Siapa yang akan pergi tinggalkan kita, siapa pula yang akan masuk dalam hidup kita".

Sha baca dan selesai pada 20.02.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2021 by Syihabudin Press

Berminat untuk dapatkan buku ini?? Boleh hubungi penulis di:-

6 comments:

  1. wahhh tahniahhhh!! supoort blogger syazni!!

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah kak selamat membaca yaa

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk review, alhamdulillah ❣️❣️❣️😊

    ReplyDelete
  4. Buku fiksyen yang best. Tentang Dua saya suka baca kisah Hatim dan Najah :)

    ReplyDelete
  5. Wah, tajuk pun dah memancing perhatian!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »