Saturday, February 20, 2021

Filem English | Monster Hunter (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik sebab ada Milla Jovovich.. Hehehe.. Cerita dia sempoi je.. Pasukan Milla ditugaskan mencari pasukan askar yang hilang tapi mereka terperangkap dalam ribut elektrik yang luar biasa.. Bila mereka tersedar, mereka berada di dunia lain dan diserang raksasa Diablos yang ganas dan duduk dibawah pasir.. Menyerang bila terdengar bunyi.. Berjaya melarikan diri dari raksasa pertama tapi tak sempat relaks merrka diserang pula oleh raksasa Nerscyllas iaitu raksasa berbentuk labah-labah yang menyerang diwaktu malam dan bersembunyi dari matahari.. Hanya Milla sahaja yang selamat dan berjumpa dengan Tony Jaa.. Mereka gaduh-gaduh manja dulu sebelum berkerjasama menentang raksasa pertama dan bertemu dengan penduduk dunia tu yang lainnya..

Rupanya manusia dari bumi yang telah ke aitu dan membuat huru hara.. Bila Milla berjaya balik ke dunia asal, raksasa Rathalos seperti naga telah ikut beliau dan mula menyerang askar yang menyelamatkan Milla.. Ending dia macam akan ada sambungan.. Kena tunggu jelah nanti..

Nak kata syok sangat tu tak juga tapi okaylah untuk layan kalau minat Milla dan Tony Jaa atau raksasa ganas.. hehehe.. Syok tengok diorang lawan pakai pedang yang boleh keluar api.. 

Monster Hunter
2020 ‧ Action/Fantasy
Behind our world, there is another -- a world of dangerous and powerful monsters that rule their domain with deadly ferocity. When Lt. Artemis and her loyal soldiers are transported from our world to the new one, the unflappable lieutenant receives the shock of her life. In a desperate battle for survival against enormous enemies with incredible powers and unstoppable, terrifying attacks, Artemis teams up with a mysterious hunter who has found a way to fight back.


7 comments:

  1. Teringin nak tengok tapi nanti hehe sebab ika tgh layan kdrama hehe

    ReplyDelete
  2. Cerite ni mengingatkan saya dengan movie mad max. Suka watak Alice,Milla Jovovich dalam Resident Evil

    ReplyDelete
  3. mimpi ngeri tiba2 tersesat kat dunia raksasa macam ni..

    https://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html

    ReplyDelete
  4. perghhh dasat tony jaa jd hero terus dlm filem... artis malaysia bla laa agaknyaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »