Saturday, August 3, 2019

Jualan Gudang Karangkraf 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terlajak ke sini lah pula semalam.. Hehehe.. Tak ada niat pun.. Kebetulan bos nak ke Perpustakaan Negara Malaysia hantar bahan terbitan, kami pun melenconglah ke Shah Alam sekali.. Tak berapa meriah jualan gudangnya.. sha tak pastilah sebab Sha datang hari Jumaat ke atau memang orang tak ramai dah suka kan buku.. Memang lengang.. Tak bersesak langsung dan pilihan buku pun tak banyak sangat.. Bolehlah.. Sha membeli juga walaupun tak berniat.. hehehe..



Dua plastik.. Satu untuk anak-anak dan satu untuk Sha.. Plastik bag kena bayar 20 sen ye.. Lupa bawa beg eco..

Buku latihan untuk Amani.. Sebuah RM1 sahaja..


Buku cerita untuk Amani dan Imani.. 5 buah RM20..

Sebuah RM10..
Kisah Anak Bini dan Kisah Laki Bini oleh Hamka Kereta Mayat

2 Novel seram dan 1 novel thriller terbitan Buku Prima ini Sha beli dengan diskaun 30% sebab ada VIP kad.. Hehehe
Survival oleh Arifful Baqi - RM19.60
Janji Anabella oleh Hasrudi Jawawi - RM19.60
Projek Seram Cincin oleh Aida Adia, Naim Tamdjis, Akma Saidon - RM16.10

17 comments:

  1. Kalau pergi mana-mana nampak kedai buku..PC suka nak masuk..walau tak beli pun..sebab PC suka aroma atau bau buku..entah memang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan Sha.. mesti nak masuk.. amik bau buku.. bestkan PC..

      Delete
  2. buku hamka kereta mayat tu fav kitaaaaaa omg. bestnya shopping buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha baru nak baca.. lama dah cari buku Hamka tu..

      Delete
  3. Wah, banyaknya Kak Sha membeli. Kalau dekat memang saya pergi dah. Rasanya lagi banyak memborong😆.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂
      Ini pun ada lagi yang nak dibeli.. 🤣

      Delete
  4. wah seronoknya...bila lah dapat merasa ke sana

    ReplyDelete
  5. Fav ika kisah laki bini & anak bini. Ika pun sempat singgah karangkraf hari bila tah. Huu

    ReplyDelete
  6. Wah, bestnya bila ada jualan murah2 macam ni

    ReplyDelete
  7. huhu bahaya kalau ke sini Sha, kalau dedulu kak ana suka beli buku resepi bila jualan karangkrafg ni hehe :) ada lagi koleksi lama2 tu

    ReplyDelete
  8. Buku Hamka memang terbaik.. patut baca

    ReplyDelete
  9. Tahun ni rasa macam tak sempat nak ke jualan gudang Karangkraf. Walau hati meronta-ronta.. huhuhu...

    ReplyDelete
  10. wah bestnya. karang kraf selalu buat jualan gudang, nak pi tu jauh..huhu

    ReplyDelete
  11. aduh. jauh nak gi, sha.
    untung lah sha.
    aida ni membaca novel.
    but sgt suka baca buku selain drpd novel.
    non fiksyen.
    bau buku baru is so inviting, kan.
    suka!!!

    ReplyDelete
  12. dulu penah ke sini sbb ms tu karangkraf ada collab dgn Aidijuma... tp sampai2 je event dah habis hahahaha...cari buku yg berkenan tp dpt 1 je...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com