Wednesday, September 2, 2020

Bungkusan Keceriaan dari Blogger AnakDenesor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Bungkusan kedua untuk aktiviti bertukar-tukar buku dengan rakan blogger.. Kali ini Sha bertukar dengan Blogger AD dari blog AnakDenesor.. Ohsem.. Kalau ada rakan-rakan blogger lain nak bertukar-tukar buku dengan Sha, bolehlah mesej ke email ke.. Mana-mana yang mudah.. Syarat wajib dia buku fizikal.. Sebab nak hantar parcel kan.. Yang sampingan tu terpulang.. 

Sebenarnya, parcel ini dah selamat sampai pada 28.08.2020 aritu tapi Sha tak perasan.. Alkisahnya, setiap bungkusan yang dihantar ke penduduk kuarters akan sampai di pejabat koperasi kami dulu.. Nanti mereka akan buat senarai, semaklah ada nama ke tak dan baru pergi ambil.. Sha tak perasan ada nama Sha.. Mujurlah semalam tergerak nak check dekat laman sesawang Gdex.. Tu pagi tadi terus pergi ambil dan buat entry khas ini.. Hehehe..

Suprise.. Suprise..


Pergh!! AD guna tema zombie.. Ohsem..

Kikiki.. Comel pula bila AD balut macam ini.. Teruja rasanya nak buka setiap satu tu.. hehehe..

Sila berhati-hati ye.. hehehe

Sha tukar dengan AD buku Mani Wanita Kebaya Kuning.. Majalah Young Scientist ini AD bagi dekat Sha.. TQ AD.. Seronoklah Amani dan Imani nie..

Ini adalah hadiah sampingan dari AD.. Ohsem ya amat.. Ada penanda buku, sampul duit raya (Cantik & klasik).. Mask, Tisu basah, kacang, mask extender, keychai dan balm.. TQ AD.. TQ So much..

TQ AD untuk 2 beg yang ohsem ini.. Pastilah jadi hak milik Amani & Imani..

11 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »