Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini antara tempat yang memang encik suami nak bawa lepas baca review di Google Maps.. Tempatnya agak tersorok tapi sangat berbaloi di cari.. Kebetulan masa kami nak ke sini, hujan lebat dan waktu orang balik kerja.. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, encik suami mencari jalan alternatif.. Sha memandu dan encik suami baca map, adoi.. Sabar jelah.. Jalan kampung tu tak ada masalah, yang masalah bila kena lalu tepi sungai dan jalannya kecik.. Bertembung dengan kereta, memang nangis nak mengelak.. hehehe..
Sha makan kat sini 3 pinggan sotong (RM36), udang 4 pinggan (RM40), keropok lekor 2 pinggan (RM4), Ikan 6 ekor, laksam 2 pinggan, air teh o limau panas (1), kopi o (2), teh o ais (2), teh o ais limau (2), nescafe tarik (1), dan teh ais (2).. Jumlah keseluruhan RM110..
SCT Sotong Celup Tepung
Pantai Pandak Chederiing,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Best makan kat sini, kita duduk dan nanti akan ada orang ambil pesanan.. Makanan yang kita pesan tu dia akan masak masa tu.. Memang dapat panas panas lagi.. Udang, sotong dan ikannya fresh.. Puas hatilah makan..
Udang sepiring RM10
Sotong sepiring RM12
Ikan RM2-RM2.50 seekor..
Manis tau isi ikan ini.. Anak Sha sampai makan dua ekor sebab sedap..
Keropok Lekor RM2 sepiring..
sedap tu. harga pun mampu bayar. hari tu abe kie berhenti di pantai penarik tp terkena ike celup tepung yg masam. Bengang tul sbb kena tipu.
ReplyDeleteSedapnya. Lama dah tak ke Terengganu.
ReplyDeleteterliurnya tengok semua tu..yums!
ReplyDeleteSedap-sedapnya! Dah beli tiket untuk ke Kuala Terengganu, sayangnya pada hari yang sama PKP dilaksanakan (18/3/2020). Terpaksalah batalkan rancangan. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ke sana.
ReplyDeletesedapnya...sos pencicah dia mesti sedap..
ReplyDeletelama tak makan keropok lekor
ReplyDeletesedapnya lahai nampak..nak-nak belum sampai masa ammi boleh makan sebab IF ni hahaha..berkeriuk perut
ReplyDeletePower Sha boleh drive sendiri hujan n jalan sempit. Huhu. Tapi berbaloi la dapat makan seafood sedap
ReplyDeletewahhh lama tk makan tu!
ReplyDeleteKalau pergi ke Pantai Timur, tak sah kalau tak rasa seafood celup tepung. sedap sebab fresh from laut kan :)
ReplyDeletewah..nampak menyelerakan.. dap dap
ReplyDeleteSaya pun kalu balik kampung memang tak lupa nak singgah sini.. sebab hubby pun suka makan celup tepung nie especially ikan dengan sotong.. nak buat malas.. hahahahah
ReplyDeleteboleh share no phone kedai tu ke kpd sape² yg tahu
ReplyDeleteKedai ni paling best kat chendering..recommended..sila g belake
ReplyDelete