Tuesday, September 29, 2020

Telefilem | Pemuja Rahsia (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha baca sinopsis dia, macam menarik.. Misteri siapa yang jahat tu memang nice cuma garapan dia macam sedikit pelik dan kurang menarik.. Sha tengok telefilem ini dekat Youtuve TV3 Malaysia.. Tapi ending dia ohsem gila, suka pula tengok lakonan Rita Rudiani.. 

Kisah perempuan yang mengalami gangguan jiwa kerana perbuatan lelaki yang kejam.. Bila tengok punca, geram je rasanya.. Ramai yang selalunya menyalahkan mangsa rogol bukannya nak membantu.. Masalah perasaan yang ditanggung mereka bukannya ringan begitu juga dengan ahli keluarga mereka.. 


JUDUL : PEMUJA RAHSIA
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 28 Mac 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Nurul Aisha Halim, Fiza Thomas, Alif Haiqal Razulan, Engku Helmy

SINOPSIS  PEMUJA RAHSIA
Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 
Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.
Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.
Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

4 comments:

  1. kalau buka youtube mesti nampak citer ni. tak rasa nak tengok pula..hehe

    ReplyDelete
  2. ada tertengok sikit tapi tak layan sangat masa tu heheheh... tak sangka best rupanya

    ReplyDelete
  3. waaahhh... rita.. dia klu berlakon mmg best kan kak sha

    ReplyDelete
  4. ammi tengah bizi layan drama zaman tok kaduk ni..buat marathon

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »