Saturday, September 12, 2020

Drama Melayu | Kebaya Kasut Kanvas (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang comel.. Menarik tengok gandingan Nabila Razali dengan Fahrin Ahmad.. Nabila dalam drama ini sangat comel.. Paling suka bila setiap kali jumpa jejaka yang disyaki, dia punya berangan.. Hahaha.. Memang cutelah karekter dia dalam ini.. Drama santai yng tak adalah serius sangat pun.. Walaupun watak Ratna tu annyoing gila tapi tak adalah mengganggu.. Lagu latar dengan drama pun kena sangat.. hahaha.. Paling best, 10 episod je.. Tak payah nak layan panjang-panjang.. Hahaha.. Drama ini jadi lagi menarik sebab pakaian yang dipakai Nabila Razali.. Semua kebaya tu lawa-lawa.. Puaslah jamu mata.. hahaha..

Sha layan dekat Youtube TV3 je.. Tak sempat nak tengok dekat tv.. hehehe.. Lagipun minggu last drama ini, anak-anak nak periksa.. Memang tak buka langsung tv..

JUDUL : KEBAYA KASUT KANVAS
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 6:00 petang
SIARAN TV : TV3 (Drama Pukul 6)
PENULIS SKRIP : Amin Shakib, Anina Sahal, Shida Zali
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Pyan Screw (Emi Suffian)
PRODUKSI : Orange Tree Production
PELAKON : Nabila Razali, Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Noniswara, Mona Allen, Joanna Bessey , Syafi Tee, Julia Farhana Marin, Yusof Kelana, Azrel Ismail, Zainol Macwilson, Malek Mccrone, Ash Nordin, Sean Lee, Ikmal Amry, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Dr. Say Shazril, Anas Ridzuan, Riena Diana, Rashidah Jaafaar, Zarynn Min, Mas Anizan, Aniq Suhair, Shahir Shaffin
Kebaya Kasut Kanvas diadaptasi dari karya Umie Nadzimah berjudul ‘Si Baju Kurung Kasut Kanvas’. Ia mengisahkan Suria yang tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej. Dan kini, dia terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan berkahwin. Ekoran itu, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihak Suria. Enggan mendedahkan identiti bakal suami Suria, Cik Pah sebaliknya meminta Suria mencari siapakah lelaki tersebut berdasarkan petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.

4 comments:

  1. suka tengok baju kebaya yg nabila razali pakai dalam drama ni tapi style tudung tu tak berkenan sikit..hehe

    ReplyDelete
  2. hari tu ada la tengok sekilas..tapi takdela sampai nak follow..hehe

    ReplyDelete
  3. Shida belum ada ksempatan nk tgk cite ni sha..

    ReplyDelete
  4. Nabila dah byk berlakon skrg kan... kak sha rasa dia berlakon ok x?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com