Tuesday, October 11, 2022

Drama Melayu | Ganjil (2021)

Assaalamualaikum..
Hye Semua..

Drama yang sesuai sangat tajuk dia.. Memang ganjil.. Jalan cerita dia buat kau rasa pelik.. Dua pelakon ini bukanlah kesukaan Sha, tapi Sha suka tengok mereka berdua dalam drama ini.. Mereka berjaya sampaikan watak mereka dengan baik..

Dua manusia yang bertemu dalam mimpi dan saling berkait tapi tak pernah berjaya untuk bertemu di dunia nyata.. Mereka seolah-olah terhalang.. Fakta dan kenyataan yang ditempuhi dalam mimpi saling bertindih dengan dunia nyata mereka tapi tak saling berkait.. Nabila dan Amry.. Keduanya punya keluarga yang berantakkan.. Bila mereka bertemu dalam mimpi, mereka saling memberikan semangat dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah.. Memang jenuhlah nak tengok untuk diorang ini bertemu.. Memang ganjillah.. 

JUDUL : GANJIL
EPISOD : 10
RANGKAIAN : VIU
TAYANGAN : 30 September 2021
IDEA ASAL : Saniboey Mohd Ismail
SKRIP : Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PRODUKSI : Razor’s Edge Pictures
PELAKON : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri
SINOPSIS GANJIL
Kisah Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. 

Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. 

Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. 

Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

5 comments:

  1. tak tengok lagi...ada kat viu..belum sempat tgk lagi

    ReplyDelete
  2. Saya ada tengok awal cerita tapi suami tukar channel kemudiannya. Terus tak ingat nak sambung tengok cerita ni, nanti boleh tengok balikla

    ReplyDelete
  3. suka tengok drama ni sebab jalan cerita dia menarik, sinematografi pun cantik. Geram je tunggu bila diorang akan berjumpa di dunia nyata

    ReplyDelete
  4. tak tgk lg tp dh nampak 2 episod dlm viu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com