Monday, October 3, 2022

Filem Melayu | Cikgu VS Hantu (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem seram kelakar yang kelakar.. Mujurlah hantunya comel dan cantik tapi tu lah.. Shuk tu kalau berlakon tak boleh ke tak melawak double meaning.. Bengang lah pula tengoknya.. Jalan cerita semua dah best, pelakon pun best tapi shuk mencacatkan cerita dengan lawak tak sneonoh dia..

Dua guru yang bersaing merebut jawatan pengetua perlu menolong dua hantu untuk mencari punca kematian mereka.. Kerana membantu dua hantu tu, dari bergaduh mereka terus berbaik dan berkawan.. Ada part yang kelakar tanpa perlu dipaksa pada Sha..

Cikgu VS Hantu
Genre: Komedi Seram
Tarikh Tayangan di Astro First: 8 September 2022
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios
Pelakon: Dato Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Fadhli Masoot
Sinopsis Cikgu vs Hantu: Mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman) dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail.

3 comments:

  1. dari dulu memang tak suka kalau ada shuk, terus potong mood kalau ada dia berlakon. Shuk dan lawak double meaning mmg tak dpt dipisahkan.... tapi kenapa lah tak ditapis dulu kan

    ReplyDelete
  2. Suka gak tengok seram komedi. Kurang rasa takut tu. Dari zaman program realiti dia begitu kan. Kena berubah tu sebab ramai tak suka.

    ReplyDelete
  3. shuk tu muncul mana2 pun tak habis dgn lawak double meaning patut ban tapi main cast dalam citer ni nampak best, semua otai2 :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com