Thursday, March 17, 2016

Chocolate Brownies

Assalamualaikum..
Hari ini nak share resepi Brownies Kedut pula..
Resepi asal boleh klik Sini.
Resepi disertakan gambar step by step.

Saja buat untuk anak-anak makan..
aktiviti dihujung minggu nie..

Chocolate Brownies versi Sha
Bahan-bahannya
1. 400g dark chocolate compound (x pakai dark coklat pun)
2. 150g
buttercup (nak pakai unsalted butter pun boleh)
3. 4 biji telur gred A (Telur gred B je sha pakai)

4. 100g gula castor (Kalau xnak manis boleh kurangkan jadi 70g)
5. 100g soft brown sugar (Kalau xnak manis boleh kurangkan jadi 70g)
6. 1 sudu kecil esen vanilla
7. 100g tepung naik sendiri + 30g koko (atau sesudu besar) - Yang nie sha guna tepung gandum dan tambah 1 sudu kecil baking powder sebab xde tepung naik sendiri..

Cara Membuatnya:-

1. Satukan Dark coklat dan Butter dan cairkan menggunakan kaedah double boil. 
2. Satukan 4 biji telur gred A, 100g gula kastor , 100g soft brown sugar dan 1 sudu kecil esen vanilla kedalam bekas yang lain. Pukul manja menggunakan pemukul telur, tidak perlu hancur gula tu sebab gula adalah "pengkedut" utama brownies uols. Tapi ok je kalau nak pukul sekuat hati pada yang tidak suka rasa gula yang tidak hancur. (Sha pakai senduk kayu je untuk pukul gula dan telur nie.. hehehe..)
3. Ayak tepung dan koko dalam bekas yang lain.
4. Campurkan campuran telur dan gula tadi ke dalam bekas yg berisi coklat + butter cair. Gaulbagi sebati.

5. Masukkan tepung sikit-sikit dan kaup balik menggunakan spatula.
6. Bakar guna 170'c selama 25 - 30 minit (atau mengikut kesesuaian oven masing-masing). Guna Api atas bawah ye. Jangan lupa panaskan oven selama 15 minit ok!

 
Saje je cuba buat.. Walaupun bahan x cukup.. hehehe.. Alhamdulillah brownies Sha menjadi.. Lupa lak nak ambil gambar sebelum potong.. hehehe.. Memang jadilah kedut2 atas brownies tu.. Dan rasa dia x terlalu manis.. Sha x hias apa-apa pun.. Kepenatan..  Sebab buat congo bar juga.. hehehe..


 Hasilnya..

7 comments:

  1. Pandainya buat dessert. Sedap nampak :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya..bilalah akak nak cuba buat nih

    ReplyDelete
  3. wah rajinnya sha...MV pun nak try tp tunggu ada masa

    ReplyDelete
  4. Dulu suka sgt mkn brownies kat SR....
    bila da pndai buat sndiri kann..seronok ja nak buat dia...dah la senang pulak tu

    ReplyDelete
  5. kalau masuk blog akak mesti perut berbunyi. T-T

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com