Friday, January 10, 2020

Random Photo #1 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita mulakan entry random photo untuk tahun 2020 ini dengan #1.. Hehehe.. Ini namanya kemalasan melanda.. Kikikiki.. Selamat menjamu mata ye.. Walaupun bukan semuanya makanan..


Beli Ironing Aid ini dekat Shopee.. Kalau arwah abah ada, arwah tolong belikan dekat Cosway.. Memudahkan kerja menggosok baju.. hehehe.. Dua ini + tutup spray tu RM16.66.. free postage.. hehehe..

Tengahari Jumaat (03.01.2020) Ayahnya gi tengok bebudak balik sekolah.. Kemain lagi membeli dekat luar pagar sekolah..

Petang Jumaat tu, lepak bawah pokok kelapa baca buku.. Semangat darjah 1 tu dah mula melekat.. hehehe..

Ini buah kuinin.. Sha potong-potong dan bubuh santan bersama sedikit gula.. Kacau bagi gula tu larut dan simpan dalam peti ais.. dah sejuk baru makan.. sedap wei.. Arwah Ibu Sha suka buat gini masa bulan puasa.. RIndunya dekat arwah abah dan ibu.. huhuhu..

Meneruskan misi jalan kaki dengan target 100000 ribu langkah sebelum 20.01.2020.. Harapnya berjayalah..


Permulaan tahun 2020 yang menarik.. Amani dan rakan sekelasnya duduk membuat kerja sekolah bersama-sama depan rumah Sha.. Seronok tengok..


Selesai balut buku-buku aktiviti Imani.. Banyak okay.. Bahasa Melayu (2), Matematik (2), Sains, Panduan Jalan Raya, Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan juga Buku jQaf..

9 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah tumpang gembira tengok perkembangan harian anak2 ^_^

    ReplyDelete
  2. wahh.. kuini letak santan tu 1st time dengar.. mcm sedap jer sha lagi2 makan sejuk2.. huhu

    ReplyDelete
  3. suka tengok photo lepak bawah pokok kelapa...dah lama x nmpk suasana mcm ni..

    10,000 sehari...huhu..akk cuma target 6,000 je..

    ReplyDelete
  4. Suka kuini jugak tpi x pernh letak santan..

    ReplyDelete
  5. wah cosway dah boleh beli online sekarang, mak saya pun rajin beli barang kat cosway..hehe

    ReplyDelete
  6. Wah mcm2 aktiviti Ada ni.. tgk gambar dah boleh nampak warna warni hidup sha

    ReplyDelete
  7. first time tengok buah kuinin buat gitu...boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
  8. baru tahu resipi buah kuinin tu. Nak makan dengan santan tu tak mampu la sebab perut senang kembung kalau santan tak masak. Kalau ganti susu agaknya sedap tak

    ReplyDelete
  9. lama dah tak beli ironing aid tu.
    sebab, xde member yg ejen cosway.
    susah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com