Tuesday, September 15, 2020

HelloDoktor | Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk yang agak mengejutkan.. Kalau dulu ramai yang elakkan susu krim sebab nak elakkan kandungan lemak yang tinggi.. Tapi lepas baca artikel ini, rasanya bolehlah minum susu penuh krim tanpa ragu-ragu.. hehehe.. Cumanya kenalah bersederhana.. Kalau berlebihan, apa pun boleh jadi penyakit.. Semoga perkongsian ini menambah pengetahun kita.. Untuk lebih info pasal kesihatan boleh ke laman sesawang HelloDoktor - https://hellodoktor.com/

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil


Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet. Berbanding susu penuh krim, susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah. 

Namun, tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu penuh krim atau juga dikenali sebagai susu biasa memberi kesan yang lebih positif kepada tubuh badan kanak-kanak berbanding susu rendah lemak.

Tentu anda terfikir, apakah khasiat dan kesan positif susu biasa kepada kanak-kanak. Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah perbezaan antara susu rendah lemak dan susu penuh krim?


Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis susu tersusun di rak pasar raya. Sebenarnya, kepelbagaian jenis susu tersebut ditentukan mengikut kandungan lemak di dalamnya.

Bagi jenis susu penuh krim (full cream/whole milk), ia adalah jenis susu biasa tanpa pengurangan kandungan lemak di dalamnya.

Biasanya kandungan lemak dalam susu penuh krim adalah sebanyak 3.25%.

Susu rendah lemak (low-fat milk) pula adalah jenis susu yang telah dikurangkan kandungan lemaknya sehingga tinggal sekitar 1% lemak sahaja.

Manakala bagi jenis susu skim (skimmed milk), lemak yang terkandung di dalamnya hanyalah sekitar kurang daripada 0.5%.

Mengapa susu biasa dikatakan sebagai jenis susu yang kurang sihat?

Selama berdekad lamanya, susu penuh krim telah disarankan untuk kurang diminum disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalamnya.

Kajian menunjukkan, lemak tepu meningkatkan kandungan kolesterol, dan kandungan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mengalami penyakit jantung.

Oleh sebab itu, ramai pakar berpendapat bahawa lemak tepu seperti yang terdapat di dalam susu biasa ini meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung.

Namun, sejak kebelakangan ini, dakwaan ini mula diragui memandangkan ada beberapa kajian terbaharu yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak menyebabkan penyakit jantung.

Adakah benar susu penuh krim lebih baik daripada susu rendah lemak untuk kanak-kanak?


Ramai daripada kita yang mungkin mengelakkan jenis susu penuh krim disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang tinggi, yang mungkin menyebabkan peningkatan berat badan.

Namun, apa yang kita sangkakan mungkin tidak begitu benar.

Ini kerana, banyak kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan pertambahan berat badan. Mengejutkan bukan?

Satu analisis terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, kanak-kanak yang minum susu biasa lebih rendah risiko untuk mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan.

Kajian tersebut menyatakan secara terperinci, kanak-kanak yang minum susu biasa ini mempunyai 40% kurang risiko untuk memiliki berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak atau susu skim. 

Berdasarkan analisis terbabit, tidak terdapat sebarang kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang minum susu rendah lemak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti.

Selain itu, 18 daripada keseluruhan 28 kajian juga menyatakan, kanak-kanak yang meminum susu penuh krim kurang berisiko untuk mengalami obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan. 

Kajian ini adalah berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas data daripada 28 kajian yang berbeza.

Kesemua 28 kajian tersebut telah melibatkan sekitar 21,000 kanak-kanak dan juga remaja.

Bukan kepada kanak-kanak sahaja, malah bermanfaat kepada orang dewasa


Selain daripada kanak-kanak, ada juga kajian berkenaan manfaat susu jenis ini kepada orang dewasa.

Kajian yang dilakukan terdapat 1,782 individu lelaki mendapati, mereka yang mengambil produk tenusu dengan kandungan lemak yang tinggi mempunyai 48% risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti berbanding lelaki yang mengambilnya dengan kadar sederhana.

Begitu juga dengan golongan wanita, hasil kajian turut menunjukkan dapatan yang sama.

Kesimpulan

Tidak dinafikan lagi bahawa susu biasa memberikan kandungan nutrisi dan manfaat yang lebih baik berbanding susu jenis rendah lemak atau susu skim.

Susu penuh krim membantu anda menguruskan berat badan selain mengurangkan risiko untuk anda mendapat sindrom metabolisme.

Namun, jika anda inginkan pilihan susu dengan kandungan kalori yang lebih sedikit, pilihlan susu skim.

Susu skim mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun dengan kandungan kalori yang lebih sedikit. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

4 comments:

  1. atie tak pernah suka minum susu,hmm tapi now dah masok 3 series.. kena la kan utk tulang

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas masuk bengkel tentang nutrisi pemakanan ni, doktor kata susu rendah lemak lagi bahaya daripada susu lemak krim keran gula lg banyak katanya. Tektik iklan memang mengelirukan pengguna.

    ReplyDelete
  3. full krim ke low fat ke dua dua saya telan hahaha

    ReplyDelete
  4. skg saya lebih kepada minum susu segar dr farm fresh tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com