Sunday, November 1, 2020

Filem Korea | The Closet (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak pasti berapa kali Sha buka, tengok tak sampai 15 minit lepas tu tutup.. Kelmarin baru berjaya tengok sampai habis.. Gagahkan juga diri tengok.. hahaha.. 

Menarik filem ini bila membawakan betapa hubungan anak dan keluarga tu menjadi rapuh saat ibu bapa melalui tekanan.. Tekanan kehidupan, kewangan malah tekanan untuk meneruskan kelansungan hidup.. Filem ini seram namun disebalik keseraman jalan ceritanya isu kekeluargaan yang disampaikan lebih menarik pada Sha.. Cerita bermula bila watak utama berpindah ke pendalaman bersama anaknya selepas kematian isteri.. Masa ini bukan sahaja anak kehilangan ibu tapi bapa kehilangan isteri.. Keduanya berada dalam keadaan tak stabil dan tertekan.. Dengan bebanan kerja yang perlu difikirkan untuk meneruskan kelansungan hidup, emosi anak dan diri yang perlu dirawat.. Memang permulaan yang menarik.. Bila pindah rumah baru, anak bertemu kawan yang tak ternampak mata.. Akibat kesepian, anak mengikut kawan yang tak ternampak.. Semasa usaha mencari muncul seorang lelaki membantu.. Anak yang hilang rupanya dibawa ke alam ghaib oleh roh yang berdendam dengan ayahnya.. 

Tegurannya mudah.. Anak itu amanah, harus dijaga bukan sahaja dari segi kebendaan tapi emosi..

Movie: The Closet
Also Known As: keullojes , Closet , Keulrojet , Keullojet
Screenwriter & Director: Kim Kwang Bin
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Drama
Country: South Korea
Release Date: Feb 5, 2020
Duration: 1 hr. 35 min.
After losing his wife in a traffic accident, Architect Sang Won and his daughter, Yi Na, move to a new house attempting to restore their estranged relationship and mentally heal. As soon as they arrive, Yi Na, who hardly spoke to her father, suddenly becomes cheerful, saying that she got a new friend and starts acting abnormally. Not long after that, Yi Na mysteriously disappears from the house and after a month of searching, people start suspecting that Sang Won might have killed her. After seeing their story on TV, a mysterious man called Kyung Hoon approaches Sang Won, telling him that Yi Na is not the first one to disappear, and that he has been investigating the disappearance of 32 other children that went missing under the same circumstances for the last 10 years. Sang Won and Kyung Hoon then join forces to find Yi Na and solve the mystery of the missing children.
(Source: MyDramaList)

9 comments:

  1. seram sangat tak kak sha? Macam nak tengok la yang ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. Oh! Begitu kisahnya. Susah sebenarnya kalau hidup dalam tekanan, dan tidak berusaha untuk mengurus stress dengan betul. Memang realitinya begitulah. Menariknya kisah ini, apabila anak dibawa ke alam lain kerana kurang perhatian daripada ayahnya.

    ReplyDelete
  3. waaa my favourite, kim nam gil. tq kak sha. filem tgk kat tv, drama siries bole marathon di pc.

    ReplyDelete
  4. Wow, macam menarik, nak tengoklah nanti..tapi selalu tengok kat website mana?

    ReplyDelete
  5. haritu nak tengok, sekali usha genre horror terus cancel haha

    ReplyDelete
  6. isu kekeluargaan yg menarik utk ditonton ni.... suka kisah mcm ni

    ReplyDelete
  7. bab kekeluargaan memang best layan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com