Tuesday, March 7, 2017

Jalan-jalan ke Karnival Karangkraf

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sabtu (04.03.2017) Sha berjaya memujuk Encik Suami untuk bawa Sha ke Karangkraf..
Yeah!! Tapi kami pergi lewat lepas Zohor.. So tak sempatlah tengok Didi & Friends..
Tapi Sha rasa cam Karnival kali ini tak berapa meriah sangat..

Sampai tu SHa terus masuk khemah buku..
Nampaklah Ramlee Awang Murshid.. Tapi masa nie dia dah nak bangun dan keluar..
So takdelah Sha pergi tegur..

Sha terus pergi dekat bahagian buku Seram..
Sha nampak penulis Syaida Ilmuna, Naim Tamdjis, A. Darwisy..
Tapi Sha segan sangat nak tegur.. Hahaha..
Sha berani nak tegur, mereka dah tak ada..
Sha dapat bertegur sapa dengan penulis Aida Adia, Ida Anuar dan Siti Rozila..
Sempatlah bergambar dan amik tandatangan penulis..
Pueh hati den.. Lamo dah tak gi Karnival gini.. Hehehe..

Banyakkan buku..

Ramainyalah orang..
Tapi takdelah ramai sampai bersesak sangat..
Nampak tak dua penulis yang comel tu??
Ce kome cari..



Buku RM5 dan RM10..

Inilah penulis-penulisnya..
Ohsem sangat mereka nie..

12 comments:

  1. Seronoknya dapat beli buku kesukaan kita.. Kena tunggu pesta buku antarabangsa la jawabnya... =)

    ReplyDelete
  2. Wah meriahnya sis, mesti banyak promosi buku kan, kawan ada jemput ke sana juga, tapi jauh sangat saya nak pergi, sibuk dengan kerja... InsyaAllah lain kali nak pergi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tapi tak jalan semua encik azlan.. Masa yang pendek..

      Delete
  3. Kalau tau tak ramai org ana pergi juga. Last pergi PBKL tahun 2013 rasanya. Time tu tgh giler dgn novel RAM dan siti rosmizah. Happy dpt jumpa dan bergambar dgn mereka. Kenangan semua tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai ana.. takdelah bersesak-sesak sangat macam PBKL..

      Delete
  4. alahai..buku rm5 rm 10..nak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Sha jenuh tahan nafsu MV.. Lalu je sambil sabarkan hati..

      Delete
  5. Karnival Karangkraf ni kat mana kak? Tak tahu pun wujud. Hihi. Bestnya. Beli buku murah gila harga . Macam BBW gak lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karnival nie dekat gudang karangkraf di Shah Alam.. Selalunya buat bulan 3 camtulah..

      Delete
  6. meriah nya !!!! kat sabah xda pun karnival mcm ni, mungkin ada tp ju xtau sb mungkin kurg pdedahan & kurg saluran kot huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah Zie.. Kalau karnival macam nie memang kena promosi besar-besaran barulah orang ramai tahu kan zie..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI