Monday, August 24, 2015

Pabila Romeo VS Juliet by E-Man Sufi

Assalamualaikum..

Lama x sembang pasal novel..
Novel kali nie karya E-Man Sufi..
Novel yang menarik dan informatif..
Informatif untuk mereka yang bakal berkahwin dan dah kawin..
Walaupun haya penceritaannya agak ringkas dan sempoi tapi masih ada mesej yang baik..
Antaranya ialah walau setinggi mana kita belajar dan berjawatan, mendengar kata ibu dan ayah pasti menjamin kebahagiaan..
Jodoh yang direstui ibu dan ayah itu pasti menjanjikan kebahagiaan.
Nasihat dan teguran untuk suami mahupun isteri kenalah dengan cara yang berhemah supaya rimah tangga aman..

Senang cite, kena baca baruleh faham.. hehehe..


Sinopsis Belakang Buku :- Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - Khadijah, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – Awatif

“Abang Ayyad kaulah.” – Khadijah, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -Awatif

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?

4 comments:

  1. lama tak baca novel2 cinta ni....

    ReplyDelete
  2. mcm best je novel ni
    cam biasa xde ms nak bc novel huhu
    kut2 la kuar lam tv ke kan best gak

    ReplyDelete
  3. macam best jer jalan ceritanya.terutama part keserasian tu.perbezaan pilihan tidak bermakna tidak boleh bersama kan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »