Shoplinks.Asia

Wednesday, August 19, 2015

Part 2 - Bila Amani Sakit Gigi

Assalamualaikum..
#throwback entry, Sambungan yang INI.

a) Isnin 10.08.2015 - Bawa Amani g Klinik Gigi Tanjung Malim, tapi x berhasil juga untuk cabut. Doktor dari Tanjung Malim refer pakar di Teluk Intan. Mulanya doktor dekat Tanjung Malim cakap dia akan buat surat dan dapatkan appointment dengan Pakar di Hospital Teluk Intan tapi xlama lepas Sha masuk kerja Sha dapat call dari Klinik Tanjung Malim mengatakan Sha kena datang sana untuk ambil surat dan terus pergi ke Hospital Teluk Intan. Sha pun apply lah cuti dari bos. Ambil surat dan terus gerak gi Teluk Intan. Sampai lebih kurang pukul satu, Klinik tutup jadi kami pergi makan dan solat dulu. Pukul 2.30ptg jumpa doktor gigi, di Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan. Di Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan, Amani diperiksa oleh Doktor Gigi dan Doktor Pakar Gigi sebelum kami di consult apa yg patut kami lakukan. 

Setelah diperiksa maka kami diterangkan apa yang akan dilakukan dan pilihan yg kami ada ialah seperti berikut:-
1. Cabut petang nie dgn cara paksa dan pegang.
2. Diberi satu tarikh lain, dan datang untuk proses cabut dimana Amani akan dibius separuh sedar untuk dicabut giginya.
3. Pilihan yang terakhir ialah, check in ward malam nie dan esoknya operate. Amani akan dibius sepenuhnya, semua gigi yang rosak akan dicabut dan gusi tu dijahit (benang mahal akan digunakan, dimana benang tu akan mereput sendiri. Jahitan ini bagi mengelakkan pendarahan) Gigi yang boleh ditampal akan di tampal. Sekiranya perlu, gigi garham yang tinggal akan dipasangkan dengan besi pelindung.

Maka kami sebagai ibu bapa sepakat nemilih pilihan no3. Kebetulan esok (11.08.2015) ada satu slot kosong. Kalau x, kena tunggu bulan 4 tahun 2016. Operation tidak dijalankan pada setiap hari tetapi dijalankan 2 kali sebulan dan slot yang ada hanya 5:operation perday. Rezeki kami dapat dimasukkan untuk slot hari selasa(11.08.2015).

10.08.2015 jam 10mlm, sha dan Amani check in di Katil No28, Wad 1D, Hospital Teluk Intan. Weolls dapat bilik. Penuh patient dalam wad nie. Bila tanya nurse, nurse tu kata patient2 dalam wad nie kebanyakkannya akan operate esok (11.08.2015).

Jenuh pegang Amani untuk bubuh jarum masukkan air. Alhamdulillah, doktor dan nurse kat sini memang ok dan sangat baik. Pukul 4 pagi nurse cucuk antibiotik dan mulakan drip. Malam sebelum tido sha suapkan Amani bubur nasi dan kul 5.30pg bagi dia nyusu sebab start kul 6pg dah kena puasa.

11.08.2015 - Amani start berpuasa jam 6 pagi.. Jam 8 lebih, Doktor Faridah Hanim yang merawat Amani datang untuk memeriksa dan memaklumkan tentang operation Amani.. Kami ingatkan lambat lagi baru Amani dipanggil untuk ke dewan bedah tapi jam 1.30ptg Amani disuruh bersiap.. Jenuhlah dia meronta dan mengamuk2.. Oleh kerana itu, sha diminta untuk masuk bersama.. Seriously, Amani memang takut sangat.. Amani peluk sha dengan kuat. 1.50ptg Amani dipanggil masuk dalam dewan bedah, Sha ikut sekali. Setelah diterangkan mengenai prosuder yang akan dilakukan, Pakar bius datang untuk bius Amani tapi disebabkan Amani meronta2 maka Amani terpaksa dibaringkan. Sha pegang dia dgn kuat sementara doktor pakaikan dia topeng gas untuk pengsangkan dia.. Lepas Amani pengsan, Sha diminta keluar dan menunggu berhampiran dgn dewan bedah.
Operation bermula jam 2.00ptg dan berakhir jam 3.30ptg. Lama gila.. Sha yang menunggu ini memang gelisah dan tak senang duduklah. Mujur en.suami datang tengahari tuh. En. suami menunggu di luar.
Sementara nak tunggu nurse datang amik bawa pergi wad, kami kena duduk di ruang menunggu. dekat sini mereka pantau bacaan Jantung dan Oksigen Amani. Amani yang masih dalam mamai2 terus peluk Sha.. xnak duduk atas katil.. Jenuhlah dukung dia.. Habis baju sha dan baju amani berlumuran darah. Darah dari mulut Amani sebab dia xnak kemam gouze. Mujurlah ada seorang nurse nie pandai pujuk Amani, baru dia mau kemam gouze tuh. Pengalaman sungguh.. Amani betul-betul fobia.. Langsung xnak baring atas stretcher. Keluar jer dari bilik menunggu tuh sha pas Amani pada En.Suami.

Amani tido je lepas balik ke wad. Petang dalam pukul 6 baru dia betol2 sedar.. Kumur2 mulut dia bagi buang darah, pastu bagi dia minum milo ngn air 100..Tapi memang dia tidor  jer sebelah petang tu. Malamnya pun kami tido awal.

12.08.2015 - Amani dah cergas semula seperti biasa.. Alhamdulillah.. Jam 10.00pg Amani di periksa oleh doktor yang melakukan operation atas gigi Amani. Doktor tu pesan supaya Amani sentiasa kumur-kumur selepas makan. Kena makan makanan yang lembut2 sahaja untuk 5 hari mendatang. Berus gigi dengan berus gigi yang lembut supaya gusi amani tidak tercedera. Amani juga diminta datang semula ke Klinik Pakar Pergigian pada 18.08.2015 untuk pemeriksaan susulan. Pukul 12.00tgh Amani dibenarkan keluar dari Hospital. Gi amik ubat dekat farmasi dan balik.

 Sebelum gi Dewan bedah. Happy je.

Selepas keluar dari dewan bedah.

 Masih lagi ada kesan bius.

Budak sakit dah sihat dan kebosanan.

11 comments:

  1. banyak kah yg kena cabut...dulu anak MV cabut juga..tp x smpi oprate...tapi bila gg susu ni di cabut tumbuhnya lmbt..mcm anak MV gg tak tumbuh lagi

    ReplyDelete
  2. Assalam sha,
    Ya Allah
    banyak ke gigi yang rosak tu???
    iols yang baca pun fobia hokeyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak Sya..
      Banyak gak..5 batang..siap ada 3 batang pakai sarung besi..

      Delete
  3. adui takutnye ... nk kena jg gigi anak2 betui2 la pas ni .... hmmmmm

    ReplyDelete
  4. gambar last tu win...ehh kenapa cabut gigi...

    ReplyDelete
  5. anak buah arz juga pernah alami pembedahan gigi , disebakan banyak gigi rosak. jadi dibuang hampir semua

    ReplyDelete
  6. Ya Allah seriaunya dengar. bila dengar anak nanges mesti kita pun sayu tak sampai hati kan T____T

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI