Shoplinks.Asia

Thursday, August 13, 2015

Senaman 20 Minit Di Rumah

Assalamualaikum..
Sha terjumpa mengenai senaman ini di page Namee Roslan boleh klik SINI dan juga di SINI.
Sudah lama berangan nak kecikkan bahagian-bahagian tertentu.
Masa tengah searching dan tengok2, tertengoklah pula testimoni Namee mengenai pehanya yang dah kecik.. So gigih nie capture setiap movement yang Namee buat..
Semangat berkobar-kobar ini sebab senaman yang Namee buat agak senang dan mudah..
Memulakan cabaran Squat 30 hari pada 03.08.2015..

Cabaran nie sha buat 20 minit setiap sesi.. Pandai2lah slotkan senaman2 tu ye.. Antara senaman yang sha buat adalah seperti gambar2 di bawah.. Biasanya sha buat sebelah malam sebelum tidur.. Nak lagi best buat senaman sambil dengar music. Sha buat sekali dengan anak-anak dara. Kadang tu bukannya bersenam tapi sibuk bergelak ketawa.. hehehe..

 30 kali lunges, Buat lebih pun ok jer..

Jumping jacks ataupun Lompat bintang.
Yang nie buatlah 60 - 100 kali ye..

 Yang nie kalau buat boleh cantikan punggung..

 50 minutes wall sits..
Memula tu mungkin susah sikit lah.. Sha pun jenuh gak.. berpeluh-peluh.. hehehe..

Senaman yang bawah nie, senaman ringkas untuk kempiskan perut.
Senang dan mudah.. Buatlah ikut suka nak buat banyak mana.. hehehe..
Senaman mudah untuk kempiskan perut
Yang nie boleh buat sambil tengok tv.. Masa tengah baring-baring tu kan..


15 comments:

  1. tulah selalu igt nk buat mcm ni
    tp asik lupa je
    tp kan ngadap wasap fb bagai tu boleh smpai 20minit
    takanlah senaman 5minit pun x leh kan
    ngata diri sendiri hahaha
    sbb geram sgt..asik ckp nak buat..nak buat tp asik lupa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah el.. dalam seminggu mesti ada 3 ke 4 hari sha lupa.. hehehe

      Delete
  2. blom berkesempatan nak senaman kat rumag..baru baring konon nak buat sit up anak dah mai panjat dok ats perut..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak murni..sha selalu wat sit up lepas bgn tido..

      Delete
  3. Aiyooo....lutut akk dah habisss

    ReplyDelete
  4. Betul tu, kalo buat konsisten akan nampak hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan suhailah kan..tp tu lah kenkadang terlupa..hehehe

      Delete
  5. CT suka yang kat dinding tu ngan plank.. plank paling senang.. hehehe..
    tapi tahap pemalas tu wakakaka.. apa pun x jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT..samalah kita..bila dtg kemalasan, apa pun x jd..hehehe..

      Delete
  6. Assalam sha,
    kalo nak diikutkan senang kan3
    tapi kalo iols ni yang pemalaih
    oohoiiii
    sekian he3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI