Friday, January 31, 2020

Novel | Hero oleh Zakri Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai superhero.. Hadi benci bapaknya yang pernha menjadi superhero tapi gagal menyelamatkan emaknya.. Tapi kerana seorang perempuan Hadi mula menyertai akedemi superhero.. Dalam pada menjalani latihan berlaku satu kematian di akedemi dan juga ada seorang manusia yang terkurung di sebuah bilik rahsia.. Dari menjadi hero Hadi mendapat tahu satu perkara yang luar jangkaan mengenai ayahnya dan juga akademi superhero..  Cerita yang nice..

Sha baca pada 28.01.2020 dan selesai pada 30.02.2020..

Sha baca menggunakan Oakbee Buffet
Published April 27th 2018 by Buku Fixi

Filem Clip | I Am Legend Alternate Ending (2007)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas 13 tahun, baru Sha tahu filem ini ada alternate ending.. Filem zombie paling ganas fan mengejutkan.. Hehehe.. Dalam alternate ending ini, Will Smith tak mati.. Syok juga bila ada pilihan ending macam ini.. hehehe..

Yang ini ending versi filem.. Kalau tengok filem ini memang ending dia Will Smith ini mati..

Sha jumpa ending yang kedua.. Yang ini Will smith tak mati.. Dia pulangkan balik perempuan yang kena virus tu dekat Leader tu.. Leader tu lepaskan dia dan perempuan dengan budak kecik tu..

Aiskrim Mickey Mouse

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim lagi.. hehehe.. Kali ini kita makan aiskrim Mickey Mouse.. Rasa coklatnya sedikit masin dan itu membuatkan aiskrim ini menjadi lebih sedap.. Rasa vanila dan coklat yang masin tu compliment each other.. Memang Sha akan beli lagi.. Puas makan dia.. Yang penting dapat menenangkan jiwa.. Terapi paling baik untuk hati yang stress.. hahaha..

Comel plastik dia.. Satu ini harga dia RM3.60..

Tebal juga salutan coklatnya.. Puas makan..

Thursday, January 30, 2020

Daftar U-Pustaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang rajin membaca guna aplikasi ini sebab waktu yang diberikan agak terhad dengan koleksi buku yang sangat banyak.. Memang puas hatilah kalau download aplikasi ini.. Cumanya untuk bacaan percuma agak rumit sedikit.. Kena daftar dengan U-Pustaka dulu baru download aplikasi ini dan log ini..

Bagaimana nak mendaftar dengan U-Pustaka ada Sha terangkan melalui gambar dibawah..

 https://www.u-library.gov.my/portal/web/guest
1. Klik pada lambang yang Sha bulatkan dengan garis merah tu..

 2. Klik register..

 3. Klik dekat MyKad / MyKid / MyPR holder kemudian klik Register Now..

 4. Masukkan no ic, nama penuh dan taip hurup Captcha tu kemudian klik Check Account..

 5. Klik ok dan masukkan butiran peribadi.. Wajib ada email ye..

6. Nanti dah selesai daftar akan keluar paparan ini..

 7. Buka email dan klik dekat link biru tu.. Bila dah activate bolehlah login dekat U-Pustaka..

 8. Scroll down dekat page Home sampai jumpa Quick Links dan klik dekat Online Databases..
Dekata Online Databases ini ada banyak aplikasi untuk kita baca buku atau cari jurnal online.. Kena rajin godek dan cuba je..

 9. Scroll down sampai jumpa logo Oakbee Buffet dan klik pada logo tu..

 10. Klik pada Mohon Disini..

11. Masukkan email dan klik Aktifkan.. Sampai sini je Sha boleh terangkan sebab lepas tu Sha lupa nak snap gambar.. Hehehe.. Ada sedikit lagi proses yang perlu dibuat kalau tak silap Sha.. Nanti kalau ada rakan sepejabat Sha yang daftar Oakbee Buffet ini Sha snap gambar proses seterusnya ye.. Bila dapat email dibawah ini, bolehlah muat turun aplikasi Oakbee dan login menggunakan email yang kita daftar di U-Pustaka tadi..

Email ini bertarikh 7 Jan 2020.. Patutnya Sha boleh baca secara percuma sampai 21 Jan 2020 je.. Tapi Alhamdulillah sampai tarikh entry ini Sha buat, Sha masih lagi boleh akses akaun Oakbee Buffet ini dan baca secara percuma.. Bila dah sampai masanya dia akan jadi premium dan tak boleh nak akses dah buku-buku tu..

Novel | Tombiruo: Penunggu Rimba (Edisi Terhad) oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang Sha baca ini versi adaptasi filem dan terhad di pasaran.. Buku yang mengasyikkan.. Karya penulis ini tak pernah tak seronok.. Memang diluar jangkaan penjahatnya..

Kisah Ejim yang mukanya tak seperti manusia biasa dan dibesarkan di dalam hutan selepas dihanyutkan.. Amiruddin pula merupakan anak yatim yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim.. Berkahwin dengan Salina dan mempunyai seorang anak.. Pertemuan keduanya telah tertulis dalam takdir kerana ada ikatan yang kuat antara mereka.. Wan Suraya yang menyiasat kebenaran pembunuhan bersiri telah digantung tugas kerana melaporkan berita yang benar dan dihantar ke Sabah untuk membuat liputan sukan malangnya terjebak dengan kes pembunuhan dan masalah keluarga Amiruddin.. Kerana Wan Suraya, pembunuh bersiri berjaya ditangkap, dalang yang memporak-perandakan keluarga Amiruddin berjaya dijumpai dan hubungan Ejim serta Amiruddin dapat dileraikan.. Memang ohsem dan terbaik..

Sha baca pada 24.01.2020 dan selesai pada 28.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published October 15th 2017 by Buku Prima

Kedai Makan Ayah Din, Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa pagi tu lepas tampal gigi, Sha dengan encik suami singgah makan dekat Kedai Makan Ayah Din ini.. Lama tak makan chinese food.. Kali ini kami cuba menu lain pula.. Memang memikat betullah.. Sedap dan satu kelainan yang memuaskan.. Hehehe..

Sesekali dating berdua.. Kena juga lakukan walaupun terhad masanya.. Pengikat kasih sayang.. hehehe.. 

Pilihan Sha.. 'Hakka' Pan Mi - RM6
Menu ini ada setiap hari Selasa & Rabu sahaja..
Sedap sangat sup dia.. Dalam sup tu ada carikkan tepung, udang, isi ayam, sayur bayam (sepatutnya sayur pucuk manis tapi susah nak dapat - tauke kedai yang bagi tahu..) dan cendawan.. Sup tu panas dan melegakan.. Memang sesuai dimakan waktu pagi.. 

Pilihan encik suami.. Menu baru kata tauke kedai.. 'Lor Mee' - RM6
Menu ini ada setiap hari Selasa & Rabu sahaja..
Okaylah kata encik suami.. Rasa kicap, telur dan cuka.. sedap dimakan bersama cili padi potong..

Wednesday, January 29, 2020

Novel | Kembara Mistik: Perigi oleh Khairul Ahmad, Eb Reeza, Syasya de Luna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kembara Mistik mengisahkan tentang perigi.. 3 cerita dari 3 penulis berbeza.. Memberi pengajaran dan juga pengalaman berbeza.. Hanya dengan membaca SHa berjaya sampai ke Mesir, zaman puetri-puteri dan juga kehidupan zaman lampau..Itu menariknya bila membaca..

Samitha oleh Khairul Ahmad
Rasa lain bila membaca kisah dari Mesir ini.. Begitu pandai penulis mengolahnya.. Kerana mengamalkan ajaran salah dan berniat jahat ingin merampas takhta, akhirnya Samitha dikurung.. Namun tanpa sengaja telah dibebaskan.. Bila yang tak sepatutnya diterokai, maka kejahatan mula menonjolkan diri..

Panggilan Puteri oleh Eb Reeza
Kerana cinta yang tak berjaya dikecapi, ilmu hitam menjadi sahabat.. Sentiasa mencari mangsa yang boleh dipegang jiwanya.. Hinggakan keluarga sendiri dibunuh tanpa rasa bersalah..

Sumur Pengantin oleh Syasya De Luna
Kisah yang mengejutkan.. Tak sangka pelakunya adalah darah daging sendiri.. Hanya kerana tamakkan harta, sanggup bersekongkol dengan syaitan dan mengorbankan anak sendiri.. Mujurlah bantuan berjaya ditemukan sebelum diri menjadi korban.. 

Sha baca dan selesai pada 26.01.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2019 by Fajar Pakeer

Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi Sha ke klinik gigi untuk buat tampalan pada gigi graham.. Tampalan sebelum ini dah tertanggal.. Susah betul nak makan bila ada lubang.. Asyik tersangkut je.. Mujur pergi awal pagi.. dapatlah no 2.. Doktor yang merawat pun baik dan informative.. Awalnya doktor gerudi sikit nak tengok sakit ke tak.. Bila dia tengok, dia tampallah sambil tu doktor cakap Sha kena buat rawatan akar ataupun cabut gigi.. Maslahnya dia tengah bubuh kapas, sedut air pastu nak menampal.. Sha memang tak boleh nak jawab dan tanya.. Senyum pun tak mampu.. Dengar jelah doktor tu bercakap.. hehehe.. Selesai tampalan barulah dapat bersembang dengan doktor tu.. Doktor cakap lubang dekat gigi tu dah besar tu yang dia cadangkan buat rawatan akar.. Doktor masih tampal sebab Sha cakap tak sakit gigi.. Kalau sakit memang doktor tak tampal.. 

Sha pula lebih rela cabut gigi dari buat rawatan akar.. Sakit wei.. Encik suamilah yang cakap.. sebab dia dah pernah buat rawatan akar tu.. Nantilah fikir.. sementara ini biar je dulu sebab gigi okay je.. Tak ada sakit ke apa ke.. Cuma Sha tampal sebab tak selesa nak makan.. 


Wordless Wednesday 2020

Tuesday, January 28, 2020

Filem Korea | Miss & Mrs. Cops (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Diskriminasi lelaki terhadap polis wanita.. Bukan mudah untuk seorang wanita menunjukkan bakat dan hasil usaha mereka dalam bidang yang didominasi lelaki ini.. Namun dua wanita berbeza usia berjaya membuktikan kesungguhan mereka bila berjaya menyelesaikan kes yang dipandang sepi oleh polis lain.. Kes perempuan yang menjadi mangsa rogol, videonya dirakam dan disebar luas kesan daday yang berbahaya hingga mengakibatkan mangsa membunuh diri.. Bila cubaan laporan dibuat, tak ada yang ambil tahu kecuali dua wanita ini.. Memang sadis dan menakutkan bila melihat kekejaman lelaki terhadap wanita.. Memperlakukan wanita seolah-olah wanita hanyalah boneka.. 

Movie: Miss & Mrs. Cops
Also Known As: Geol Kapseu, Girl Cops, Geolkapseu
Screenwriter & Directors: Jung Da Won
Genres: Comedy, Crime, Detective, Investigation
Country: South Korea
Release Date: May 9, 2019
Duration: 1 hr. 47 min.
Mi Yeong, who used to be considered the Major Crimes Unit’s top cop, is stationed behind a desk after having a baby. She leads uneventful yet peaceful days at handling civil complaints and looking after her son and unemployed husband at home. One day, an overly enthusiastic detective Ji Hye, is consigned to Mi Yeong’s team, and they bicker over every little thing from the moment they meet. In fact, they are sisters-in-law, and neither are happy about sitting next to each other all day in the same office. But differences are pushed aside when a woman who came to file a report gets run over in front of Mi Yeong and Ji Hye. They discover that the woman is the victim of ‘spy cam porn’ and has been threatened it would go up on a community site in 3 days. The two cops take the case to the relevant powers, but due to workload, no one can handle it in time. Ji Hye’s burning passion for justice rekindles Mi Yeong’s sense of duty, and the two decide to take matters into their own hands.
(Source: CJ Entertainment)

Novel | Kembara Mistik: Homestay oleh Maria Kajiwa, Eb Reeza, Rhea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang eksklusif di Popular ini mengandungi 3 cerita dari 3 penulis dengan tema Homestay.. Hanya di jual di Kedai Buku Popular.. Menariknya buku ini ialah ketiga-tiga penulisnya perempuan dengan gaya penceritaan yang berbeza dan memikat.. Ada maksud tersirat dalam setiap cerita..

Honeymoon oleh Eb Reeza
Semuanya kerana tersalah masuk homestay dan tidak mendengar arahan yang diberikan supaya tidak berada di luar bilik selepas jam 10 malam.. Malah ada kereta putih tutut mengejar Ryana kerana dosa silamnya setiap kali Ryana berada di luar kawasan Homestay.. Nyawa Ryana dan Ashroff akhirnya menjadi korban..

Homestay Putih Nian oleh Maria Kajiwa
Amran menolong Razak membangunkan homestay.. Namun rumah yang ingin dijadikan homestay mengalami gangguan.. Selepas usaha membersihkan berjaya dilakukan, tiada lagi gangguan yang berlaku.. Malangnya selepas Razak kemalangan homestay kembali diganggu.. Adakah usaha mereka masih belum berakhir.. Siapakah sebenarnya Mak Putih yang mengganggu..

Rahsia oleh Rhea
Kecurangan Hisyam akhirnya membawa petaka.. Ada rahsia yang tersembunyi di homestay Riezal.. Bila Kiara mengajak mereka untuk keluar dari homestay tersebut kerana gangguan, Hisyam tak percaya.. Rahsia apakah yang tersembunyi di homestay hingga hampir meragut nyawa mereka? 

Sha baca dan selesai pada 26.01.2020..


Published January 1st 2020 by Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

Free Sample | Breeze

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dapat sample lagi.. Kali ini dari Breeze.. Comel je pek sample dia.. Jadilah buat basuh baju.. Sha pun tak ingat bila Sha minta sample ini.. Selalunya Sha minta dekat FB page Koleksi Lubuk Percuma.. Macam-macam sample ada.. Dari makanan, kecantikkan hinggalah untuk ibu mengandung.. Sha apply yang Sha pakai je.. Kalau produk kecantikkan memang tak apply lah.. Tak guna kan.. hehehe.. Pi lah usha.. Klik je link kat bawah ini..



Monday, January 27, 2020

Novel | Cinta Sambal Belacan oleh Junie Octovian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta Ayie dan Lily yang seperti sambal belacan.. Pelbagai rencah dan isi untuk menjadikan dambal belacan pelbagai rasa.. Ayie berkwnalan dengan Lily kerana Lily anak angkat maknya dan juga anak bekas pembantu rumah.. Bila melihat Lily yang baru 18 tahun begitu cekap melakukan kerja rumah, Ayie membuli dengan menyuruh Lily membuat pelbagai jenis sambal belacan setiap hari dan memasak macam-macam.. Namun Lily melakukannya dengan mudah.. Baru nak rapat, mak Ayie dah suruh mereka berkahwin.. Ayie meletakkan syarat.. Bila dah kahwin, Ayie disihir dan Lily penat tak cukup rehat hingga hampir keguguran.. Ayie mula terfikir dan ingin menunaikan janji yang dah disyaratkan sebelum kahwin.. Bahagiakah mereka bila Lily dilepaskan demi sebuah janji.. 

Seronok baca garapan penulis walau ada kekurangan.. Jalan cerita yang menarik dan membuatkan kita berfikir betapa perkahwinan itu bukan sesuatu yang boleh dicuba-cuba..

Sha baca pada 25.01.2020 dan selesai pada 26.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet
Published January 31st 2013 by Buku Prima

Drama China | Wu Xin: The Monster Killer (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini 20 episod je tapi ada 3 seasons.. Yang sha tengok ini S1.. Sha tengok dekat https://www6.dramanice.movie/ .. Cerita yang menarik dan kelakar.. Wu Xin ini makhluk undead yang boleh hidup walaupun badannya dah dikerat-kerat.. Tak mati dan tak ada jantung.. Tak bernafas tapi boleh bercinta.. kikiki.. Setiap 100 tahun Wu Xin ini akan tertido dan bila dia jaga dia tak akan ingat apa yang berlaku sebelum ini.. Kekal muda dan tak tua.. Darah dia power dan dia boleh halau hantu dan makhluk jahat lain.. Disebabkan kelebihan dia tu, Wu Xin menyamar sebagai sami untuk cari makan.. Jumpa pula awek comel bernama Yue Ya yang lari dari perkahwinan paksa.. Bila Yue Ya hulurkan bun roti yang dah tinggal separuh, Wu Xin terus ikut Yue Ya.. Dalam pada berusaha nak cari duit, terjumpa pula Komander Gu Xuan Wu yang ada masalah gangguan hantu di rumahnya.. Masa menolong Komander Gu Xuan Wu ini, wu Xin dengan tak sengaja telah terlepaskan perempuan jahat bernama Yue Qi Luo.. Hubungan mereka berempat ini saling berkait rapat sampailah ke episod akhir.. Memang menarik dan enjoyable bila menonton drama ini..

Malangnya season 2 tak ada sub english.. Kena tunggulah.. season 3 baru nak start tahun ini.. seronok nak tengok season seterusnya sebab masih menggunakan hero yang sama..

Drama: Wu Xin: The Monster Killer
Also Known As: Wu Xin Fa Shi
Directors: Lin Yu Fen, Danny Ko
Screenwriters: Fang Qiang Qiang, Li Nan, Xiao Zhi Yao
Genres: Adventure, Historical, Mystery, Romance, Wuxia, Drama, Supernatural
Country: China
Episodes: 20
Aired: Jul 6, 2015 - Sep 7, 2015
Aired On: Monday, Sunday
Original Network: Sohu TV
Duration: 45 min.
After a long slumber, Wu Xin wakes up during China's new Republic era. He is a wandering immortal who lives a hungry and penniless life. He has no recollection of how long he has lived or how he came to be, but he has powers where he can sense the presence and communicate with spirits good and evil that still roam the living world. He pretends to be a monk to make a living.
During his latest slumber, he wakes up next to Li Yue Ya. She has just run away from home to escape a forced marriage to an elderly man. Seeing how hungry Wu Xin looks she offers him her last bit of food. The two head to Wen County. To repay her act of kindness he follows her and promises that tonight the two will feast and have a place to stay. He uses his powers to search for evil spirits that intend to do harm to the living and rid them from the living world. Together the two set off pretending to be siblings to find whoever is in need of his services. At first, Yue Ya does not believe Wu Xin and thinks he is a con artist until she assists him in his first job to rid an angry evil spirit residing at the local warlord's home. As the two progress on their journey, friendship and then romance form between the two.
(Source: Wikipedia)

Jack&Jill: Cream-O Choco Plus Cappucino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli biskut ini dekat 7Eleven dengan harga RM1 je sebungkus.. Dalam dia ada 3 keping biskut.. Okaylah.. Cuma cream dia agak pejal.. hehehe.. Biskut tu rasa coklat dan cream kat tengah tu rasa cappuccino.. 

Tiga keping biskut.. Warna kream dia pucat.. hehehe..

Sunday, January 26, 2020

Novel | Aduhai, Mat Skema! oleh Levis Delisya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang disampaikan memang menarik untuk dibaca cumanya transisi dan perjalanan cerita tu agak serabut sedikit.. Kisah bermula dari zaman persekolahan.. Nur Hanna yang samseng dan suka melanggar peraturan.. Fariz mat buku yang skema dan patuh pada peraturan.. Walaupun mereka berdua saling bertentangan namun antara mereka saling menyimpan rahsia.. Sehinggalah mereka kembali bertemu semula selepas berlakunya satu peristiwa pembunuhan.. Fariz sudah menjadi seorang inspektor manakala Nur Hanna pula si novelis yang kuat berangan.. Dalam kisah cinta mereka ada pembunuh yang berdamping dekat namun tak berjaya dihidu sesiapa pun.. Memang ohsem baca.. Sebab ada sedikit penyiasatan cuma cara penulis menggambarkan watak Nur Hanna tu agak tak berapa konsisten dan cantik.. Keseluruhan cerita masih seronok dibaca..

Sha baca dan selesai pada 23.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 1st 2013 by Buku Prima

Nestle Ice Cream KitKat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sedapnya.. Berbaloi bayar RM4.50.. Seriously sedap wei.. Puas hati tau.. Rasa coklat yang mewah tau.. Sha beli ini dekat Petronas.. Ada kawan Sha cakap dekat 99Speedmart pun ada.. Cubalah cari.. Tebal juga salutan coklat tu.. Memang bestlah makan.. Ini tekak Sha lah.. Dalam dia vanila.. lembut je.. hehehe.. sesekali rewards diri dengan aiskrim mewah kan.. Selalu pun okay je.. kikiki.. Ice Cream is my best friend..

RM4.50

Nampak tak coklat yang menyaluti aiskrim tu..

Filem Jepun | Ghost Re:Birth: Kamen Rider Specter (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah sampingan mengenai Makoto Fukami sebagai Kamen Rider Specter.. Kebenaran yang diketahui mengenai dirinya yang bukan manusia.. Sebaliknya Makoto merupakan produk yang terhasil dari usaha seorang saintis dalam menyempurnakan manusia yang boleh hidup dalam kepelbagaian suasana.. Bila kebenaran terbongkar Makoto rasa tertipu dan mula hilang arah.. Mujurlah ada Alain dan Kanon yang sentiasa menyokong dirinya.. 

Movie: Kamen Rider Ghost RE:BIRTH: Kamen Rider Specter
Country: Japan
Release Date: Apr 19, 2017
Duration: 1 hr. 3 min.
Ghost Re:Birth: Kamen Rider Specter is a V-Cinema release that focuses on a side story of Makoto Fukami as Kamen Rider Specter, it is set after the end of the series and also features a flashback when Makoto first meet Alain. It features both final forms of both Specter and Necrom respectively.[9] The V-Cinema was released on April 19, 2017.[10][11] The theme song is "NEW WORLD" performed by Bentham. The film is written by Takuro Fukuda, and directed by Kazuya Kamihoriuchi.

Saturday, January 25, 2020

Novel | Bukan Menantu Pilihan oleh Aira Aliff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bestlah baca novel ini.. Walaupun tema dia cliche iaitu kahwin kontrak namun jalan cerita dia menarik dibaca.. Kisah cinta Leya dan Darius yang unik.. Saat Leya kecewa dikhianati sahabat baik dan tunangnya serta dihimpit permasalahan kewangan, datang tawaran yang tak disangka.. Berkahwin dengan anak datin Aida dan lahirkan zuriat kemudia bercerai.. Mulanya Leya tak nak namun keadaan kesihatan ibunya membuatkan Leya mengambil keputusan drastik.. Darius pula terima cadangan untuk berkahwin dengan Leya kerana Emelda tidak mahu berkahwin lagi.. Terlalu mengejar cita-cita dan yakin darius tak kan berubah.. Rupanya Darius dah pernah bertemu Leya dan hatinya bergetar.. Bila disatukan, hubungan mereka bahagia dan saling bertoleransi.. Hinggalah Leya disahkan mengandung.. Kawan baiknya muncul semula dan Emelda datang menagih janji.. Kemanakah hala hubungan Leya dan Darius.. Berubahkah mama Darius dengan kelahiran cucunya.. Memang menarik dan cantik jalan cerita yang disampaikan penulis..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published January 2015 by Buku Prima

HelloDoktor | Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

Assalamualikum..
Hye semua..

Perkongsian ilmu untuk semua.. Artikel dari laman sesawang HelloDoktor..


Bersenam merupakan antara gaya hidup yang terbaik untuk membantu mengurangkan tekanan di samping memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.

Melakukan aktiviti fizikal
Selain menjadi kunci dalam membantu memberikan tahap kesihatan yang lebih baik, bersenam sebenarnya dapat meningkatkan kecergasan dan emosi gembira seseorang individu. Dalam memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal, ia haruslah bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda bagi mengelakkan sebarang masalah atau kesan sampingan yang tidak diingini daripada berlaku.

Bagi individu yang mempunyai masalah melibatkan kesihatan, anda adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui dan mengenal pasti jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan berdasarkan tahap kesihatan anda.

Tempoh yang terbaik untuk bersenam adalah selama 30 minit sehari. Pemilihan aktiviti yang ingin dilakukan ketika bersenam adalah bergantung kepada tahap kecergasan anda. Jika anda dalam keadaan penat, sebaiknya hindari daripada memaksa diri anda bersenam kerana ia boleh menyebabkan mudarat.

Apa yang dikongsikan di atas adalah fakta ringkas bersenam. Tetapi bagaimana pula dengan salah faham umum tentang senaman yang sering kali menjadi ikutan dan amalan?

Perkara mengenai senaman yang patut anda tahu
Tidak dinafikan ramai individu sukar untuk bersenam disebabkan kehidupan yang sibuk. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang individu tidak bersenam dan terdapat juga banyak salah faham mengenai senaman. 

Berikut dikongsikan beberapa salah faham umum tersebut:

1. Tahap kecergasan saya sudah baik, jadi tidak perlu bersenam
Kalaulah ia memang semudah itu, namun malangnya manfaat kesihatan bersenam tidak akan kekal lama jika anda tidak dapat melakukan rutin aktiviti fizikal anda secara berkala. Pengurangan atau penurunan kekerapan dalam bersenam boleh menyebabkan kehilangan manfaat yang ketara seperti melibatkan aspek kecergasan kardiovaskular dan ketahanan. 

Kunci utama untuk mengekalkan kecergasan adalah konsistensi. Gabungkan beberapa aktiviti menarik bagi membantu anda mengekalkan tahap aktiviti fizikal untuk sepanjang kehidupan. Ini kerana ia amat berkait rapat dengan tahap kesihatan yang terbaik. 

2. Berdiri tidak sama manfaat dengan bersenam
Berdiri dan bergerak sepanjang hari bermakna anda mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Optimumkannya dengan meningkatkan intensiti aktiviti anda bagi mendapatkan manfaat kesihatan atau sekurang-kurangnya sehingga anda berpeluh sedikit.

3. 10 minit atau lebih, jika tidak sekadar membuang masa
Berita baiknya, garis panduan yang mengatakan seseorang individu perlu untuk bersenam sekurang-kurangnya 10 minit telah dihapuskan. Kini tiada lagi syarat minimum untuk memperolehi manfaat kesihatan yang baik.

Melakukan tugasan harian dengan aktif seperti membawa beg membeli-belah yang berat, melakukan tugasan rumah atau aktiviti bercucuk tanam yang berat, sudah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

Anda boleh cuba lakukan aktiviti fizikal ringkas seperti memanjat tangga dengan intensiti yang boleh menyebabkan anda kehilangan nafas untuk tempoh antara 30 saat hingga dua minit.

4. Saya ada penyakit kronik, maka saya patut hindari senaman
Siapa kata individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak boleh bersenam? Sebaliknya, menjadi lebih aktif pastinya akan memberikan manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan kronik termasuk kanser, penyakit jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Jadilah individu yang aktif bergantung kepada tahap kesihatan anda dan sasarkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana seminggu, sekiranya boleh. 

Jika keadaan kesihatan anda terlalu kompleks, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor sebelum anda memutuskan untuk memulakan sebarang rutin senaman baru. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi atau profesional bertauliah lain sebagai rujukan.

5. Terlalu tua untuk bersenam
Ini sudah tentulah satu kepercayaan yang salah. Terdapat bukti yang mengatakan faktor usia bukanlah satu sebab utama sehinggalah anda berusia dalam lingkungan 90 tahun ke atas. 

Kekuatan, tenaga dan jisim otot boleh ditingkatkan walaupun anda berada dalam kelompok individu lebih berusia. Sebaiknya, gabungan aktiviti aerobik, senaman keseimbangan dan pengukuhan otot jika anda berusia 65 tahun dan ke atas.

6. Bersenam menjadikan saya kurus
Tidak semestinya! Jika anda ingin menurunkan berat badan, aktiviti fizikal anda harus digabungkan dengan aspek penjagaan pemakanan seperti mengehadkan jumlah pengambilan kalori.

Individu dengan matlamat untuk mengurangkan berat badan yang tinggi iaitu melebihi lima peratus daripada jumlah keseluruhan berat dan individu yang cuba mengekalkan berat badan perlu melakukan lebih daripada 300 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana bagi mencapai matlamat tersebut.

7. Saya berlari seminggu sekali, tetapi ia tidak mencukupi
Tanpa mengira berapa kali seminggu anda berlari, walaupun mungkin hanya sekali, ia tetap memberikan kebaikan kepada tahap kesihatan anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, berjalan sekurang-kurang untuk 50 minit sekali seminggu pada kadar yang perlahan dan kurang daripada 6mph (9.65km/j) tetap akan dapat membantu dalam menurunkan risiko kematian pramatang. 

8. Saya mengandung, maka saya mungkin perlu mengurangkannya
Bersenam sememangnya adalah perbuatan yang baik untuk ibu mengandung. Ia merupakan satu alternatif bagi menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal kehamilan. Setiap pergerakan yang dilakukan dapat membantu menjadikan badan dan otot ibu lebih kuat.

Bersenam juga dapat membantu mengurangkan risiko pertambahan berat badan secara berlebihan serta mengurangkan kecenderungan untuk mengalami masalah diabetes gestasi semasa mengandung.

Melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana merupakan aktiviti yang selamat untuk dilakukan bagi individu wanita hamil yang secara umumnya sihat dan tidak memberikan sebarang kesan risiko kepada kesejahteraan janin.

Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan dengan doktor bagi mendapatkan rundingan dan nasihat, khususnya berkaitan manfaat dan risiko senaman yang ingin dilakukan.

9. Saya tidak sihat dan saya tidak patut bersenam
Sekiranya anda mengalami demam, tidak sihat atau mengalami keadaan kesakitan atau keletihan pada tahap yang tinggi, jangan bersenam. Walaupun pada kebanyakan kes, aktif secara fizikal adalah selamat, tetapi sebaiknya dengarkan ‘suara’ badan anda dan kurangkan aktiviti bersenam jika perlu.

Kesimpulan 
Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel ini, bersenam sememangnya merupakan satu aktiviti yang memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan badan sama ada secara fizikal atau mental.

Walau bagaimanapun, sebelum anda bersenam, anda harus memastikan bahawa segala aktiviti yang ingin dilakukan anda bersesuaian dengan tahap kesihatan anda. Elakkan daripada bersenam ketika anda berada dalam keadaan terlalu letih. Ini kerana memaksa diri anda untuk terus bersenam hanya akan mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. 

Oleh Asyikin Md Isa
Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel asal di sini: https://hellodoktor.com/ms/

Random Photo #2 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Random photo bersiaran lagi untuk sesi 2020.. Hehehe.. Kali ini Sha kongsikan gambar-gambar yang bertebaran dalam memori telefon sebelum di buang dari simpanan.. Hehehe.. 

Akhirnya beli juga sepasang kasut jogging di Al-Ikhsan.. Sebelum ini Sha pakai kasut kerja je untuk aktiviti sukan dan jalan kaki.. Walaupun dah lama berniat nak beli tapi kekangan kewangan selalu menghadkan pembelian Sha sampailah satu hari encik suami kata beli jelah.. Nanti kalau tangguh sampai bila pun tak beli.. Tu yang Sha beli juga..

Pemandangan pagi Ahad masa buat aktiviti jalan kaki dan jogging.. Berkabus walaupun dah nak fekat pukul 8 pagi..

Ini maggi Saji Mi Goreng Asli, Sha goreng bersama telur dan cili hijau.. sedap juga bila buat versi tumis macam ini.. Versi plain boleh baca Saji Mi Goreng Asli.. Kalau tambah banyak lagi bahan pun sedap juga.. Nak lagi pedas, tambah cili padi.. hehehe..

Sawi Kailan yang Sha tanam sebelum ini dah selamat Sha tuai dan tumis.. Sedap dan manis bila sayur tu kita tanam sendiri.. Lagipun tak pakai penyembur racun pun kan.. Memang bestlah.. Nanti nak tanam lagi..

Peneman setia mak bila buat aktiviti jalan kaki dan senam pagi.. TQ kakak Amani..

Hasil tanaman jagung kami.. Benih kedai ECO je ini.. Jagungnya pada dan manis.. Memang puas hatilah.. Hehehe.. Tapi sebab tanah tak berbaja dan encik suami agak sibuk, ada yang tak berapa menjadi sangat.. Bolehlah.. Buat percubaan kan.. Akan diusahakan lagi lepas ini..

Friday, January 24, 2020

Novel | Buah Hati Cik Sarimah oleh Maa Medina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini okaylah.. Cuma Sha tak jumpa kenapa tajuknya Buah Hati Cik Sarimah sebab beberapa helai muka surat akhir je baru Razin Aniq & Sarimah Aisya tu bersatu.. lepas tu habis.. Hahaha.. Konflik cerita ini lebih pada kisah hidup Sarimah Aisya, Razin Aniq dan sahabat baiknya serta orang sekeliling.. Perangai baran dan suka mengamuk Razin Aniq tu buat Sha menyampah.. Tapi dah baca kan.. Gigih jugalah habiskan.. Tu belum lagi annoying dengan sikap pasrah sarimah Aisya.. Kalau buat drama ini memang makan hatilah penonton.. hehehe.. Ada satu je yang menarik dalam cerita ini.. Kesalahan, walau sebaik mana pun ditutup pasti akan terbongkar juga.. Lelaki yang mengakui kesalahannya dan bertaubat itu bagus..

Sha baca dan selesai pada 21.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 1st 2017 by Alaf 21

Filem Jepun | OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak pastilah korang tengok ke tak tapi siri ini dah lama.. Dari zaman Sha sekolah dulu ada dah.. Cuma dia berevolusi ikut tahun.. Makin lama makin canggihlah costume dan juga heronya.. Hehehe.. Yang ini movie stand alone.. Boleh je tengok kalau tak tengok siri dia.. Selalunya dalam filem ini akan ada gabungan dengan beberapa Kamen Rider lain..

Kali ini gabungan Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Den-O.. Semuanya bermula bila OOO berlawan dengan makhluk Imagin, mush tradisi Den-O.. Bila Den-O muncul Imagin masuk dalam badan seorang budak lelaki.. Maka Den-O dan OOO mengembara ke masa silam untuk membunuh Imagin tersebut.. Malangnya Ankh dah buat kacau menyebabkan masa hadapan berubah.. Bermulalah misi mereka membetulkan semula masa silam..

Kalaulah ada train masa tu, untungnyalah.. Patah balik ke zaman silam, betulkan kesalahan dan teruskan kehidupan.. hahaha.. Sila jangan ikut ye.. Ini imaginasi je.. 

Movie: OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders
Country: Japan
Release Date: Apr 1, 2011
Duration: 1 hr. 30 min.
In April 1, 2011, Kamen Rider OOO finds himself battle three Mole Imagin, unaware they are Imagin until Ankh arrives to confirm that the monsters are not Yummies. The three Imagin see a boy and jump into him to escape into time before the DenLiner suddenly appears. 

Koleksi Buku Terbaru Tahun 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Berjaya juga Sha miliki buku limited edition terbitan Fajar Fakeer ini.. Kenapa Sha cakap limited edition?? Sebabnya buku ini hanya dijual secara eksklusif di Kedai Buku Popular cawangan tertentu sahaja.. Bila semak di Popular online pun tak ada.. Bila dah ada pun tetap tak boleh beli sebab dah out of stock.. Jenuh juga memikir macam mana nak beli sehinggalah Sha menebalkan muka meminta tolong pada seorang penulis kegemaran Sha untuk belikan.. Kebetulan beliau juga merupakan salah seorang yang menyumbangkan cerita untuk satu buku ini.. Makanya Sha dapat buku ini berserta tandatangan beliau.. Terima kasih pada penulis tersebut.. 

Kembara Mistik: Homestay oleh Maria Kajiwa, Eb Reeza, Rhea - RM10
Kembara Mistik: Perigi oleh Khairul Ahmad, Eb Reeza, Syasya de Luna - RM10


Thursday, January 23, 2020

Drama Korea | Psychopath Diary (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang kelakar walaupun lebih pada penyiasatan mencari siapa sebenarnya pembunuh psikopat.. Hahaha.. Tapi watak utama Yong Dong Sik ini blur, baik dan suka quote ayat dari filem-filem pembunuhan yang dia tengok..

Bila Dong Sik yang hilang ingatan tanpa sengaja memiliki diari seorang psikopat.. Memang kelakarlah sebabnya Dong Sik ini seorang yang biasa-biasa je.. Selalu blur-blur dan kena buli.. Bila cuba berlagak jadi psikopat memang tak berjayalah.. Lepastu psikopat yang sebenar pula memang dekat dengan Dong Sik dan ambil kesempatan untuk jadikan Dong Sik kambing hitam beliau.. Kelakar juga tengok karekter Dong Sik yang innocent tapi cuba berlagak kejam.. Paling kelakar bila kebenarna sebenar muncul masa Dong Sik dah kena tangkap dan mengaku dialah psikopat tu.. Serious kelakar.. 

Drama: Psychopath Diary
Also Known As: Ssaikopaeseu Daieoli, Ssaikopaeseu Daieori
Screenwriters: Ryu Yong Jae, Kim Hwan Chae, Choi Sung Joon
Directors: Lee Jong Jae
Genres: Thriller, Mystery, Comedy, Crime
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Nov 20, 2019 - Jan 9, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 20 min.
Yook Dong Sik is a 34-year-old office worker who is so weak and timid that he is used by everybody around him. After an incident, he becomes the scapegoat of his company, and so facing losing his job and his family turning their back on him, he decides to commit suicide. While doing so, he unexpectedly stumbles across a murder scene, but got into an accident while running from the murderer. He wakes up with amnesia with the psychopath's diary in his possession. With no other clues to his true nature than the diary, and his fragmented memory lining up with the diary entry, he begins to believe that he is in fact a psychopath serial killer.
30-year-old neighborhood police officer, Shim Bo Kyung is investigating a suspected serial homicide. After a few run-ins with Dong Shik, she believes that he is an extremely kind man. However, after one too many coincidences, she starts to suspect Dong Shik might be more involved in the case than she thought.
36-year-old Seo In Woo is a cold and meticulous psychopath. On the day of his 7th crime, things went wrong and he lost his diary where he wrote of all his daily life and detailed description of his murders.
(Source: MyDramaList)

Aiskrim TopTen Double Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi dah makan aiskrim.. Lupa pula nak tengok harga dia berapa.. Cari aiskrim lain sebenarnya tapi tak ada.. Nampak yang ini, cuba jelah.. Hehehe.. Sedap juga.. Ada salutan coklat dan kacang dibahagian luar.. Aiskrim vanila di bahagian dalam dan last sekali ada coklat.. Sedap dan puas hati.. hehehe.. Sha beli dekat 7Eleven..


Meriah kekacang dekat kepingan coklat luar tu..

Nampak tak coklat.. Memang puas hatilah..

Buku Kanak-kanak | Rifqi Di Dunia Nyum-Nyum! oleh Firas Firzana, Nazrie Haslieanie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca itu jambatan ilmu.. Tak rugi membaca.. Macam buku yang Sha baca ini.. Sudahlah berwarna warni dan memikat mata, malah penuh pula dengan info mengenai buah-buahan.. Setiap buah ada khasiatnya yang tersendiri.. Ada sesetengah buah, bukan sahaja buahnya malah pokoknya juga ada khasiat..

Buku ini mengisahkan Rifqi yang tak suka makan buah dibawa mengembara ke dunia buah oleh Betik.. Dalam pengembaraannya, Rifqi diperkenalkan kepada pelbagai jenis buah dan khasiatnya kepada manusia.. Bila mula mengenali barulah Rifqi mulai suka akan buah-buahan..

Selain cerita, gambar berwarna ada juga info dan aktiviti yang boleh dilakukan dibahgian belakang buku ini.. Memang sesuai untuk bacaan semua peringkat umur..

Sha baca dan selesai pada 20.01.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 15th 2014 by Buku Prima

Wednesday, January 22, 2020

Telefilem Melayu | Misteri Bilik Bawah (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini tayang Sabtu malam tapi Sha tengok hari Isnin dekat Youtube TV3Malaysia.. Nak buat macam mana, hari Sabtu dan Ahad anak-anak kawal tv.. kikiki.. Tapi okaylah bila TV3 bubuh dekat Youtube, bolehlah nak tengok semula kalau terlepas..

Telefilem ini memang menarik dan memikat untuk ditonton.. Tak ada hantu ke apa tapi aura seram dia dasyat tau.. Mengganggu jiwa.. Lepas tu ending dia.. Adoi.. Memang mengganggu jiwa betul.. Syaitan memang pandai memperdaya..

Sejak Zalika berpindah masuk ke rumah lama mertuanya, beliau sering mengalami gangguan.. Melalui pembacaan Zalika, gangguan dan lebam dibadannya disebabkan pelesit.. Malangnya suami Zalika tak mahu dengar apa yang dizampaikan Zalika maka Zalika meminta bantuan sahabat baiknya.. Bila gangguan makin teruk sebab Zalika cuba membuka bilik bawah yang terkunci, barulah suami Zalika mula bertindak.. Kebenarannya sangat menyakitkan.. Yang disangka musuh rupanya cuma ingin melindungi yang tersayang..

JUDUL : MISTERI BILIK BAWAH 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Rohaidah Haron
PENGARAH : Khairul Anuar Mat Noor
PRODUKSI : ZK Creative Productios Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH
Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik-pelik dan gangguan mistik yang berterusan , Zalika mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com