Friday, January 14, 2022

ebook | Tragedi oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amaran untuk anda.. Buku ini sangat gelap dan penuh tragedi.. Kena kuat semangat dan bersedia untuk menangis.. Serius lah, Sha nangis gila-gila kot lepas baca buku ini.. Sedih sangat.. Sambil menaip entry ini pun meleleh-leleh air mata Sha.. huhuhuhu.. Novel ini konsep dia dark thriller dan bermain dengan emosi..

Kisah tiga manusia yang melalui tragedi kehilangan dan kematian.. Tragedi yang menemukan mereka dalam keadaan yang tak disangka.. Ghaffar kehilangan anaknya Insyirah yang dirogol dan dibunuh.. Hasya pula hanya ada 6 bulan sahaja untuk hidup.. Ruhilah pula kematian anaknya akibat kemalangan yang tak disengajakan.. Penerimaan mereka terhadap tragedi yang berlaku sangat berbeza..

Hasya berusaha memahami hakikat kematian dan kerana ini Hasya bertemu dengan Ghaffar yang berusaha ingin mencari pembunuh anaknya.. Mereka berkenalan dan merancang satu kejadian untuk memerangkap pembunuh tersebut.. Sha memang tak sangkalah bila pembunuh tu didedahkan.. Geram rasanya.. Sekurang-kurangnya penulis berjaya memberikan pembalasan yang sepatutnya pada pesalah dalam buku dia.. Ditangkap dan dihukum..

Sha baca pada 06.01.2022 dan selesai pada 13.01.2022.. 

Sha beli dan baca diaplikasi Google Play Books..
Published August 8th 2021 by Buku Fixi

4 comments:

  1. Tak sanggup nak membaca dan mendalaminya kaksha. huhu..Tak kuat rasa.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sampai menangis-nangis begini memang hebatlah hasil tulisan Ismi Fa Ismail.

    ReplyDelete
  3. menarik jugak sinopsi novel Tragedi ni. Nak try cari lah nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »