Thursday, January 13, 2022

Pembelian Pre loved Novel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2022 membuka tirai berkaitan novel dengan pembelian pertama ini.. Sha terjumpa pos penjual di Group Peminat Novel Seram/Thriller/Horror/Mystery di Facebook.. Mula tu macam tak nak beli.. Tapikan entah kenapa, tangan tu gatal je gi klik satu persatu gambar yang beliau kongsikan.. Paling Sha suka bila Sha beli pada hari Isnin, penjual hantar pada hari Selasa dan buku selamat sampai ke tangan Sha pada hari Rabu.. Cepat pula J&T buat kerja.. 

Pos beliau di FB..

Inilah buku pilihan Sha..
1. Susuk Setan oleh Ilya Abdullah
2. Rumah Angker oleh Rhea, Syasya de Luna, Nurharyati Ishak, Eb Reeza, Lyla
3. Bila Lampu Padam oleh Zaifuzaman Ahmad
4. Kokang oleh Zaifuzaman Ahmad
5. Igauan Maut oleh Ramlee Awang Murshid

Empat buah buku ini dah siap berbalut.. Balutan plastiknya pun kemas..

Yang satu ini belum berbalut.. Nanti kita balut sebelum mula membaca..

6 comments:

  1. suka tgk seller pandai jaga buku dia. bila dapat pun rasa berbaloi sgt beli yg preloved ni :)

    ReplyDelete
  2. Semua buku nampak menarik. Buku pun dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dah mula balut buku. Suami gelak2 je tengok. Siap balut ni nak jual balik ke?

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Sha, rajin membaca!

    ReplyDelete
  5. wahhh murah jugak dia let go novel dia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »