Friday, January 14, 2022

Novel | Dosa oleh Nuril Basri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membuatkan Sha sukar untuk membaca kerana lenggok bahasa Indonesia itu masih ada walaupun sudah dialih bahasa. Dari satu bab ke satu bab, kena belek helaian hadapan untuk mengetahui maksud perkataan yang Sha tak tahu..

4 watak utama yang diperkenalkan pada pembaca sangat berbeza tapi saling berkait.. Paris yang tidak mahu jadi Pondan tapi perempuan.. Yusuf teman sebilik yang lembut, terpaksa tinggal di pondok dan mahu mencari hidup baru.. Oskar yang mahukan kekuatan bela diri dan tidak lut senjata.. Ricky yang terpaksa tinggal di pondok akibat kemiskinan keluarga.. Babak paling menarik dalam novel ini ialah pencarian sekolah pondok yang dilakukan Ricky, walhal dirinya itu masih muda..

Mereka sebenarnya tahu malah tersangat sedar, bahawa apa yang mereka buat itu salah dan berdosa.. Mereka merupakan pelajar sekolah pondok, belajar tentang agama.. Tapi kerana mahukan duit, mereka pejamkan mata tentang dosa itu. Yang mereka mahu ingin berdikari mencari duit dan merasakan kebebasan.. Penamat yang disajikan agak tergantung pada Sha

Sha baca dan selesai pada 14.01.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 27th 2012 by Buku Fixi

4 comments:

  1. Susah jugak nak faham kalau bahasa yang digunakan kita kurang familiar.

    ReplyDelete
  2. Penamat yang tergantung itulah yang buat pembaca terus tertanya-tanya.

    ReplyDelete
  3. kacau mood jugak lah bila lenggok bahasa susah nak faham

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »