Wednesday, January 22, 2020

Telefilem Melayu | Misteri Bilik Bawah (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini tayang Sabtu malam tapi Sha tengok hari Isnin dekat Youtube TV3Malaysia.. Nak buat macam mana, hari Sabtu dan Ahad anak-anak kawal tv.. kikiki.. Tapi okaylah bila TV3 bubuh dekat Youtube, bolehlah nak tengok semula kalau terlepas..

Telefilem ini memang menarik dan memikat untuk ditonton.. Tak ada hantu ke apa tapi aura seram dia dasyat tau.. Mengganggu jiwa.. Lepas tu ending dia.. Adoi.. Memang mengganggu jiwa betul.. Syaitan memang pandai memperdaya..

Sejak Zalika berpindah masuk ke rumah lama mertuanya, beliau sering mengalami gangguan.. Melalui pembacaan Zalika, gangguan dan lebam dibadannya disebabkan pelesit.. Malangnya suami Zalika tak mahu dengar apa yang dizampaikan Zalika maka Zalika meminta bantuan sahabat baiknya.. Bila gangguan makin teruk sebab Zalika cuba membuka bilik bawah yang terkunci, barulah suami Zalika mula bertindak.. Kebenarannya sangat menyakitkan.. Yang disangka musuh rupanya cuma ingin melindungi yang tersayang..

JUDUL : MISTERI BILIK BAWAH 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Rohaidah Haron
PENGARAH : Khairul Anuar Mat Noor
PRODUKSI : ZK Creative Productios Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH
Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik-pelik dan gangguan mistik yang berterusan , Zalika mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.

8 comments:

  1. ini la yang nak tengok, tapi tak berani. Haha

    ReplyDelete
  2. dana tak berani nak tengok cite nih, dasar penakut memang tak la...heehehhe tapi kadang tingin nk tengok cumanya takde kawan hehehhe

    ReplyDelete
  3. wak pon takut nk tgk.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. tak sempat nak tengok pun sebab anak2 tengok tv. nasib baik lah ada kat youtube ^_^

    ReplyDelete
  5. tak rajin nak tengok cite macam ni.. seram~

    ReplyDelete
  6. suka citer gini.
    tapi, part suami tak percaya kat isteri tu, aida tak suka.
    percaya la. siasat la sama2, kan...

    ReplyDelete
  7. scarynya muka dynas! Macam best, nak tengok la nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com