Thursday, September 19, 2019

Filem Korea | The Divine Fury (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat Awesome.. Park Seo Joon menyerlah dalam filem ini.. Selalu tengok beliau macam sweet-sweet je.. Kali ini lebih serius dan tak ada adegan cintan cintun.. Cuma babak melawan demon je.. Pergh!! Real dan ganas.. Memang mengancamlah.. Tak terasa dua jam itu.. Babak lawan dia tak berhenti.. Bila Yong Hoo mula percayakan Father Ahn maka gabungan mereka memang mampu mengalahkan setan yang kejam.. Cuma cerita dia nampak macam akan ada sambungan.. Gitu.. hehehe.. Thrill dan ada adegan ganas.. Tak sesuai ditonton dengan anak-anak..

Filem ini mengisahkan Yong Hoo yang kehilangan ayahnya seorang polis semasa bertugas.. Disebabkan itu dia menyimpan rasa marah kepada tuhan kerana mengambil ayahnya.. Kerana perasaan marah yang sangat kuat, syaitan mula mendekati Yong Hoo dan memberikan bisikan yang menyebabkan Yong Hoo bertindak ganas bila ternampak lambang salib.. Sampailah dia dijumpakan dengan Father Ahn, barulah perlahan-lahan kemarahan itu hilang dan Yong Hoo membantu Father Ahn melawan manusia yang bertuhankan syaitan.. 

The Divine Fury @ 사자 @ Saja
K-Movie | Released: 31 July 2019 | Runtime: 129 Minutes | Genre: Horror, Action, Mystery, Exorcism, Thriller | Rated: PG-13 |
Sinopsis | After waking up with mysterious wounds on his hands, a champion fighter finds himself in an otherworldly battle against evil forces that wreak havoc in the human world.

15 comments:

  1. menarik jugak cite nih... tp mcmne nk nengoknya kak? released 31 julai tahun 2049 lama lagi tuh hhehehhe

    ReplyDelete
  2. citer baru..blm pernah tengok PSJ berlakon citer aksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. best tau tengok dia dalam lakonan aksi..

      Delete
  3. menarik.suka gak filem Korea walaupun selalunya starting slow sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kadang tu laju berdesup dia pergi.. hehehe

      Delete
  4. wahh menarik ni, nak tengok jugak lah lepas ni..

    ReplyDelete
  5. haritu nampak poster dekat cinema tapi sebab tak suka dengan Park Seo Joon, malas nak pergi tengok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kak Sha tengok sebab sinopsis dengan trailer dia best.. hahaha..

      Delete
  6. Wah Park Seo Joon ... Jalan cerita nampak macam menarik.

    ReplyDelete
  7. ye ke? seo joon oppa mesti muka serius je (sbnr nya sy x leh move on dgn 'perangai' dia dlm fight for my way) hehehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com