Sunday, August 1, 2021

Catatan Sinovac Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha dan encik suami dah complete dos kedua untuk vaksin Sinovac.. Encik suami punya temujanji kalau ikitkan semalam jam 11.30 pagi di kertas dan jam 4 petang di aplikasi mySejahtera.. Bila pergi sebelah pagi, punyalah ramai orang beratur, makanya kami balik dulu dan bercadang nak datang sebelah petang ikut masa yang tertera di aplikasi mySejahtera.. Tapi jam 2.34 petang encik suami dapat panggilan dari pusat vaksin untuk datang terima suntikan.. Masa ini orang dah tak ramai dah.. Sha pun temanlah encik suami sekali.. Encik suami tanyakan dekat petugas tu sama ada Sha boleh cucuk sekali tak sebab temujanji Sha hari ini patutnya.. Alhamdulillah, petugas itu benarkan sebab doa kedua.. Kalau dos pertama memang dia tak bagilah.. Jadinya Sha pun cucuklah sekali.. Senang.. Tak payah datang dah hari ini..

Masa nak cucuk tu petugas tu tanya nama, no ic dan vaksin apa yang nak dicucuk.. Kemudian petugas tunjukan amoun vaksin yang akan dicucuk.. Masa dia cucuk tu Sha tak tengok pun.. Walaupun dah selalu kena cucuk untuk amik darah, tetap ngeri.. hehehe.. Dah cucuk dia tunjukkan jarum yang kosong tu dekat Sha.. Sha dan encik suami tak bergambar pun dekat booth yang disediakan.. Kami ambil gambra dekat luar je, demi keselamatan.. 

Setakat ini kesannya pada Sha dan encik suami ialah lenguh tangan.. Kemudian Sha sakit kepala dari petang lepas cucuk sampailah ke pagi.. Tu jelah.. Lain tak ada apa pun.. Untuk hilangkan lenguh di tangan, Sha dan encik suami gerak-gerakkan tangan.. 


11 comments:

  1. Syu 5/8 nanti baru nak cucuk dos pertama. Vaksin sinovac jugak.Harap takdelah teruk sangat kesan sampingannya nanti.Jadi isteri & golongan mak2 ni susah sikit kalau sakit.Hu3.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dah lengkap dua dos vaksinasi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai vaksin. tahniahh semoga keluarga kaksha dilindungi selalu

    ReplyDelete
  4. Tahniah sha! Dah selamat masuk vaksin dlm badan hehhe.. Semoga sentiasa sihat je lps ni k insyallah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah settle dah dua². Senang bila dapat sekali terus. Semoga baik baik je KakSha dan suami. Aaminnn...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. dh completed! kita geng sinovac.. yeaaa.. hehe
    sy pon lenguh tgn aritu lps cucuk 2nd dose..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... sy masih tggu turn

    ReplyDelete
  8. tahniah dah complete vaksin..alhamdulillah syukur

    ReplyDelete
  9. Congrats telah full vaccine :D. Saya dose kedua masih 30Aug nanti. Tak sabaaar lah nak selesaikan :D. Berharap suntik kedua tak separah efek suntik pertama. Meriang dan demam badan, sedikit batuk dan pusing. Lalu efek mengantuk sangat .. terpaksa 2 hari tuh delivery aja untuk makanan, karena asisten sayapun vaksin juga di hari yang sama. Sama2 tak kuat untuk masak hari tuh :D.

    ReplyDelete
  10. simptom kita sama la kaksha, lenguh tangan pastu sakit kepala sikit2. Alhamdulillah dah dua dos.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com