Monday, January 22, 2018

Berjalan ke IKEA, Cheras

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ahad (21.01.2018), Sha ikut abah ke kenduri di Keramat.. Sha dengan Imani je.. Encik suami dan Amani pula balik kampung.. Kenduri ini kawan baik arwah ibu.. Jadinya rasa macam tak best pula kalau tak pergi.. Lagipun baju sekolah anak-anak, beg semua dah siapkan.. Bolehlah berjalan..

 

 
Kebetulan buat dekat dengan Keramat Mall rasanya.. Sempatlah teman abah membeli capal kesukaan dia.. RM40 je sepasang.. Dari Keramat kami ke IKEA Cheras.. Pergh!! Hari Ahad kan.. Punyalah ramai umat manusia.. Serik rasanya.. Hahaha.. Dah tua dah Sha ini.. Tak lalu rasanya bersesak-sesak dalam IKEA tu.. Lepas jalan-jalan survey barang.. Cuci mata je pun.. Abah belanja makan meetball.. Yang ini pun satu hal juga.. Jenuhlah beratur.. Lepas jenuh beratur, jenuh lak nak mengawal nafsu membeli adik dengan adik ipar Sha.. Diorang ni macam kena sawan makanan.. Semua nak dibelinya.. Adoilah.. Nasib baik Sha beratur sama.. Bolehlah kawal sikit.. Kalau mereka berdua je memang huru haralah.. Itupun terpaksa tapau juga makanan.. Masing-masing dah kenyang..

Jom tengok Sha dan keluarga makan apa.. Sila jangan marah ye..

 
Bebola daging ini Sha amik yang 20pcs (RM20.00) 2 pinggan..

 
Bebola ayam 10pcs - 1 pinggan

 
Ayam goreng 6pcs - 1 pinggan

 
Strawberry cheese cake - 1pcs
Coklat cake - 1pcs (tak sempat snap gambar)

 
Mushroom soup - 3 mangkuk
Soft bun - 1pcs
Garlic Bread - 6pcs

Soft drink - 2
Hot cup - 1
Drinking water - 2 botol

Total lost RM107.10

21 comments:

  1. ikea cheras tk smp2 lg...lama tk mkn meatball ikea..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha suka bebola ayam.. hehehe.. daging cam kureng sikit..

      Delete
  2. uish banyak jugak tu makan haha. biasalah hari cuti memang ramai lah, sha pun kat kedah cuti peristiwa, sebaik kerja , kalau keluar memang penat lah dengan orang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki.. tu namanya nafsu melampau..
      Memang ramai betul orang.. sesak dibuatnya..

      Delete
  3. perghhh
    tengok meatball terus rasa lapaq
    padahal tadi baru sudah makan
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha yang tengah membalas komen ini pun rasa lapar.. hehehe

      Delete
  4. Adeh! terliur Mrs. A tengok chicken wing tu

    ReplyDelete
  5. wahh dekat dah tu dgn umah cikyan.. cikyan blom pnah lg try mknn kat ikea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. dekat dengan umah cikyan ke.. Kalau tak boleh ajak dating.. hehehe

      Delete
  6. sedapnya meatball tu, lama tak makan

    ReplyDelete
  7. sekarang memang dah tak lalu nak pi ikea time cuti.manusia ramai bangat.kalau nak pergi pun time hari kerja..kalau time cuti, pagi2 dalam pukul 9 dah ada di ikea.

    ReplyDelete
  8. wahh..sedapnya meat & chicken balls, blm prnah rasa lg yg kat ikea..

    ReplyDelete
  9. Memang betul kalau pergi ikea sana sini orang nak makan meatball dia

    ReplyDelete
  10. kalau tengok meatball dia confirm terliur teruk haihhh bila dapat pergi ikea ni entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terliur pun.. tapi akak prefer ayam dari daging..

      Delete
  11. sedap nyer semua :)
    menggamit memori.
    ikea tu best berjalan kalau ada duit, Sha.
    skit skit membeli kan.
    aida tgh menabung ni hah... kalau gi kosong, penat!
    kawasan nyer besar mak aii :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com