Sunday, May 14, 2017

Pre-Order Novel Sempena PBAKL 2017

Assalamualaikum..
hye semua..

Kemeriahan PBAKL 2017 masih lagi terasa, walaupun dah berlalu hampir seminggu..
Untuk orang macam Sha yang tak dapat ke PBAKL, memang sedih sangat..
PBAKL ini umpama hari raya buat pencinta buku.. Hehehe..
Sebab ada buku yang hanya keluar pada PBAKL sahaja..
Kalau tak beli di PBAKL, memang kena pre-orderlah...

Ini antara buku yang Sha pre-order sebab tak available lagi di Karangkraf Mall..
Sha beli direct dengan penulis..
So buku akan jadi eksklusif sebab ada tandatangan penulis..
Tak sabar nak tunggu buku-buku ini sampai..

Tak dapat pergi PBAKL, takpe..
Janji dapat beli buku juga.. Walaupun kemeriahan tu tak sama..
Namun kebahagiaan memiliki buku tu tetap terasa..

https://www.facebook.com/ariff.a.iskandar?ref=br_rs 
Novel thriller terbaru dari Arifful Baqi..
Dengan harga yang ohsem siap postage, tunggu lagi..
Siap dapat tandatangan dan free gift.. Sha rembatlah satu.
Lagipun sambil membeli, sambil menyalurkan sumbangan..
Pengetahuan dapat.. Pahala pun dapat.. ye dak..

https://www.facebook.com/lana.lia81 
Ini Sha pesan dengan Sis Ilya Abdullah..
Buku yang paling baru dari beliau selepas Mannequien

https://www.facebook.com/FatrimSyah?fref=nf&post_id=806593052838617 
Yang ini special edition dari penulis..
Penulis terbit sendiri.. Tak ada jual di kedai buku.. Cetakan Khas PBAKL 2017..
Bila baca teaser cerita ini dekat wall FB Muhammad Fatrim, memang tak sabar nak baca cerita penuh.. Cerita yang ohsem.. Pasal Pelaris kedai..

Sebenarnya ada lagi 2,3 novel yang dibuka pre-order..
Malangnya, duit sudah ketandusan..
Ini pun dah ikat perut kaw-kaw ini.. Hehehe..
Tetibe rasa cam nak nyanyi "Kalau aku kaya..." Hahaha...

6 comments:

  1. K sha dengan buku, berpisah tiada ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Rasa cam gatal je tangan kalau tak beli buku..

      Delete
  2. Hebat lah sha ni. Gigih kumpul novel. Boleh buat library dah tu.

    ReplyDelete
  3. cop.. dah order pelaris.. hiks..

    ReplyDelete
  4. nah pelaris tu..takpa nnt contact fatrim

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com