Friday, April 27, 2018

My Pre-order Books for PBAKL 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
Tarikh : 27 April - 6 Mei 2018
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sudah pun bermula hari ini dan akan berakhir pada 6 Mei 2018.. Sha memang tak tahu lagi dapat pergi ke tak.. Tapi buku-buku yang akan dijual sepanjang PBAKL 2018 ini telah Sha beli secara online.. Antaranya ialah 

 Set ini Sha beli secara terus dengan Prolog Media setelah gagal mengawal nafsu.. Kikiki.. Sebabnya Sha jarang kecewa membaca novel keluaran Prolog Media..

Dua novel ini Sha beli dengan kawan Facebook dan kedua-dua buku ini datang dengan tandatangan penulis.. Takrut tu Sha beli sebagai hadiah sebab Sha memang akan dapat buku tu secara percuma kerana menyertai pertandingan yang dianjurkan penulis.. Boleh baca di SINI.. Jadi yang Sha beli Sha bagi pada pemenang yang bertuah yang telah meninggalkan komen di entry Sha di SINI..

 Dan yang last ini Sha beli dengan Penulis.. Sebab dapat free gift dan tandatangan.. Sha beli extra untuk seorang sahabat blogger juga.. Sha harap beliau akan suka.. Kalau korang berminat nak beli juga boleh klik SINI..

 Buku ini oleh Penulis Illya Abdullah.. Memang selalu beliau up sketsa pasal Kak Lang ini dekat Wall FB beliau.. Memang Sha suka sangat-sangat sketsa pasal Kak Lang ini..Kalau korang berminat boleh klik SINI..

Untuk buku pre-order je Sha dah habis RM252 untuk 8 buah buku.. Kikiki.. Bila kira-kira macam ini baru nampak betapa banyaknya Sha berbelanja.. Sabar jelah.. Tu belum campur yang Sha beli runcit-runcit untuk cukupkan koleksi sepanjang April ini.. Rasanya ada dekat 20 buah buku... Tak sabar nak tunggu semua buku ini sampai.. Kepada yang pergi PBAKL 2018, selamat berseronok dengan bau buku-buku itu semua..

12 comments:

  1. kalau boleh pergi PBAKL ni memang best tapi jauh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Sha pun tak boleh nak pergi juga.. huhuhu..

      Delete
  2. Banyak nyaa buku kak sha beli hehe seronok tengok 🤣

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak sha menang novel takrut tu. yg banja manggala tu pun kin nak beli nanti. kin peminat RAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka juga baca novel Ramlee Awang Murshid tu..

      Delete
  4. Hana ni level2 yang borong buku kat library ja haha ^^ so hanya mampu jealous baca entry kak Sha ni hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Takpe.. Kak sha pun masih borong buku kat library juga Hana.. Kikiki..

      Delete
  5. hahahaha kalau bab buku ni memang akan sakan membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Farhanna.. Tambah-tambah bila di beri tawaran yang menarik..

      Delete
  6. Banyaknye borong buku sha... Haduii makcik jeles ni... hukhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..terborong tanpa sengaja nie lea..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com