Wednesday, April 25, 2018

Urusan Rumah - Bayaran TNB

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. urusan pembayaran untuk pemasangan meter TNB dah pun selesai.. Itupun Sha mesej dua tiga kali juga dekat pemaju.. Hari Isnin baru pemaju reply untuk buat bayaran deposit.. Mujurlah boleh bayar dimana-mana cawangan TNB.. Jadinya Sha minta pelepasan waktu sekejap dari Bos pada hari Isnin (23.04.2018) untuk uruskan pembayaran.. Masa sampai dekat TNB, Sha tunjuklah screenshot gambar borang permohonan yang dihantar pemaju.. Malangnya staf TNB tu kata no tu tak boleh pakai.. Sepatutnya pemaju kena bagi no akaun.. Nak tunggu pemaju reply WhatsApp lambat lah jawabnya.. Mujurlah staf TNB tu sangat baik, beliau minta no kad pengenalan Sha untuk semakan.. Alhamdulillah urusan Sha dipermudahkan.. Barulah boleh bayar RM260 untuk deposit dan urusan pemasangan meter.. Staf TNB tu suruh call semula untuk semakan sama ada meter dah dipasang atau belum lepas 3 hari waktu berkerja... Yeah!! Tak sabar nak pergi pasang grill pula..

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. ^^ semoga dipermudahkan urusan! Inshaallah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...masuk rumah baru ya Sha..semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Murah.. arini member bgtau dlm rm4++ dia kene utk pasang meter di sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. Mahal gak. Sha murah mungkin sebab pemaju dah bayar separuh..

      Delete
  4. moga dipermudahkan buat sha sekeluarga untuk tinggal di rumah baru nanti..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi buat urusan ni. Best baca urusan rumah kaksha ni, satu satu dah siap hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la farhanna.. Kak sha pun baru first time buat..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com