Sunday, May 5, 2019

Melayu | Voice Note (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok sebab ada rakan kongsikan dekat Facebook.. Disebabkan cerita ini bersiaran di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, memang tak sempatlah nak tengokkan.. Sha tonton online je dekat Youtube TV3MALAYSIA Official.. Nak tengok? Klik je link dekat bawah tu.. Ada Sha sharekan.. Takpun cari je di Youtube..

Drama yang sangat suspen pada Sha.. Memang penamat dia Sha tak sangkalah.. Hahaha.. Stress pula bila tengok yang tak bersalah dihukum dan yang bersalah terlepas.. Kesian jugalah dekat si Sara tu..  Walaupun 4 episod tapi cukp rencahnya.. Pada Sha lah..

Sinopsis Drama Voice Note
Sara merasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.
Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima voice note daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.
Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

15 comments:

  1. tergantungkan pnamat dia...agak2 ada smbungan tak?

    ReplyDelete
  2. Rasa cam tak puas hati je dgn endingnya... cam geram ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. sha pun geram tengok ending dia..

      Delete
  3. memang nak tgk sgt ni... Ramai dok cite sal drama ni.. tq sha share..

    ReplyDelete
  4. kesian mira dalam drama ni, mak ayah dia buang dia sebab sir kamal. Geram je tengok

    ReplyDelete
  5. ramai yg share pasal cerita nih tapi akak tak sempat nak tengok, kejap je cerita ni rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kejap je kak.. 4 episod je.. tu yang Sha layan.. hehehe

      Delete
  6. ramai pelakon hot dlm drama ni..

    ReplyDelete
  7. ada ternampak kat youtube tapi tak rajin nak tengok lg.

    ReplyDelete
  8. Saya memang tengok daripada awal hinggalah habis episod tapi tuelah, tak puas hati dengan ending dia sebab macam tergantung.. Maknanya bukan Miss Sara tue yang gila, tapi pengetuanya dengan cikgu displin tue yang psiko.. dan mungkin benar roh Mira yang hantar voice note tue, sebab kalu lah pengetua dengan cikgu displin tue yang hantar voice note, dah tentu perbuatan mereka akan terbongkar.. huhuhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com