Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel cinta daripada penulis ini memang tak mengecewakan.. Sangat-sangat seronok membaca novel beliau yang ini.. Berbunga-bunga hati Sha dibuatnya.. Dengan pickup line Adib.. Kegarangan Rose.. Sepadan sangatlah.. Memang bersemut hati dibuatnya.. Perjalanan cerita walaupun ada konflik dari Natasha tapi berakhir dengan baik.. Memang betul-betul magis.. Perancangan Allah tu memang terbaiklah.. Tambah kalau cinta tu kerana Allah lagi terbaik..
Sha baca dan selesai 11.04.2018..
(ebook - PNM e-Reader)
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras
boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci...
boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada
cinta, yang hanya bermula daripada rasa.
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana
cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna
sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil
kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda.
Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana
cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun...
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan
cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya
mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang
kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut.
Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib
turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Menarik jugak novel ni.. Lea tgh nk usaha habiskan semua novel yg x baca agik.. semua novel seram.. huhuhu
ReplyDeleteWah.. Chayook..chayook Lea..
Deletedah lama tak pinjam kat app tu, tak sempat nak baca haha. cantik cover novel ni, sinopsis pun mcm best
ReplyDeleteMemang magis habis cerita dia Sha.. Nanti Sha trylah pinjam..
DeleteHari2 dekat dengan buku, jadi peneman.
ReplyDeleteBanyak pengalaman yang ditimba.
Betul tu WP..
Deletemcm menarik jalan cerita novel ni
ReplyDeleteMemang menarik CR..
Delete