Urusan Rumah - Persiapan - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, April 3, 2018

Urusan Rumah - Persiapan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sementara menunggu CF, Sha buat persiapan lain dahulu.. Weekand hari tu kami pergi beli Kipas syiling 2 set, Kipas dinding 2 set dan lampu 9pcs.. Kesemuanya berjumlah lebih kurang RM500 lebih.. Disebabkan wiring memang dah disediakan pemaju maka tak adalah susah.. Cuma perlu pasang peralatan eletrik yang lain jelah.. Ukuran untuk buat grill pun encik suami dah ambil..

Jadinya semalam, encik suami dah pergi beli besi untuk kerja-kerja pembuatan gril.. Tak adalah rushing sangat.. KIta buat bila berkelapangan.. Sha suruh encik suami buat design yang simple je.. Janji rumah dipasang gril.. Tu yang penting.. Sebab kalau upah orang buat, paling murah pun RM2000.. Buat sendiri jimat sikit kosnya.. Besi mahal sekarang ini.. Lega sikit bila encik suami setuju nak buat.. Tak adalah guna duit yang banyak.. Design dan warna pun boleh kita tentukan sendiri.. Kikiki..

Owh ya.. Tadi ada dapat panggilan dari pemaju minta nama mak Sha untuk diorang daftar TNB.. Mungkin dalam minggu depan selesailah kot..

 Harga besi untuk buat grill
Saiz 1 x 1/8 - RM14.50 (2pcs)
Saiz 1 x 10 - RM13.31 (30pcs)
Saiz 1 x 20 - RM19.96 (4pcs) 79.84
 Total RM508.14

Perkakas elektrik
Total RM575

18 comments:

  1. buat sdiri jimat skit...nanti share gmbr bila dh siap ek

    ReplyDelete
  2. Berul tu sha, nak buat grill mmg mahal nak upah org, kalau buat sendiri boleh jimat about 40% kos grill ni, depends dgn design dan bahan yg diguna ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sha.. zaman skrg ni mmg kena buat sndiri dah semua. Nak harap org lain buat.. kos upah lg naj fikir.. kos barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.. Tambah sekarang kos makin mahal..

      Delete
  4. bestnya..nanti bolehlah start deko rumah pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tak deko Tiara.. Rumah ini nanti nak disewakan je..

      Delete
  5. Untunglah Sha suami boleh buat grill sendiri....dah jimat kat situ kan.
    Seronoknya nak masuk rumah baru kan Sha. Sure tak sabar...
    Kitchen kabinet bila nak pasang? Ke dah masuk sekali dlm cost pemaju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada kitchen kabinet kak.. Kena buat sendiri tapi sha tak buat sebab tak duduk kat sini..

      Delete
  6. Senang kalau suami pandai buat, memang nak buat grill mahal sangat nak-nak kalau guna wrought iron..mahal tapi cantik..saya buat yang murah je kat umah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Auni.. nak buat yang biasa je.. Janji ada protection..

      Delete
  7. grill penting! now byk pencuri

    ReplyDelete
  8. pandai buat sendiri memang boleh jimat kan

    ReplyDelete
  9. bagusnya pandai buat sendiri, dah boleh jimat banyak dah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..