Pokok Sambung Nyawa - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, April 6, 2018

Pokok Sambung Nyawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pokok ulam yang ingin Sha kongsikan ialah Pokok Sambung Nyawa.. Ulam ini pun ada di tanam di Perpustakaan.. Kami memetik pucuknya untuk dibuat ulam.. Rasanya agak pahit sedikit.. Tapi sedap dimakan bersama nasi.. Pokok ini pun banyak khasiatnya.. Tak salah mengamalkan pemakanan yang sihat.. Ulam-ulaman ini banyak khasiatnya.. Lagipun mudah sangat nak ditanam.. Boleh ditanam di dalam pasu.. Bila selalu dipetik pucuknya lagi merimbun pokok ini.. 

 
 Pokok yang kami tanam..

Pokok Sambung Nyawa
Nama Saintifik nya: ‘Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbensLour.
Nama Lainnya: ‘Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan Spinach, Am Akar, Akar Sebiak, Kelemai Merah, Bai Bing Coa, Ngokilo (Jawa), Beluntas Cina (Melayu), She Juan Jao, @ Fujung Jao (Cina)

Kegunaan Dan Khasiat
Daun sambung nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga di gunakan untuk merawat masaalah buah pinggang. Biasanya ia di makan mentah sebagai ulam. Batang nya sering di gunakan untuk meredakan demam.
Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu ia juga di gunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidak seimbangan datang haid, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan serta patah tulang.

Cara Penggunaan
Untuk ubat yang di minum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan di tempat yang sakit.

Info diperolehi di http://petua.whatta.org/khasiat-pokok-sabung-nyawa/

10 comments:

  1. Eh...rasa macam pernah tengok la ulam ni...tapi tak ingat kat mana..ada jual tak pokok ni kat nursery?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada.. Ulam nie nampak macam pokok hiasan kan..

      Delete
  2. Kasihan pokok tu tunasnya di potong dan di petik setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah dipetik setiap hari encik azmi.. :)

      Delete
  3. sedap ulam ni, tak pahit sangat..mild je..

    ReplyDelete
  4. Baru kali pertama tahu nama pokok ni, unik nama tu...

    ReplyDelete
  5. Lebat betul daunnya. Mama x penah makan lagi ulam ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..