Monday, April 16, 2018

Untuk Sekali Lagi oleh Sara Kyoko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Hud dan Rose.. Dipertemukan secara tak sengaja dalam keadaan kedua-duanya saling memerlukan.. Maka berkahwinlah mereka.. Walaupun tanpa cinta namun Rose sangat menghormati Hud dan keluarganya.. Hud pula bukan tak suka cuma ada Saffiya (isteri pertama) jadi halangan.. Ada rahsia yang tersimpan membuatkan Hud masih kekal bersama Safiyya.. Hubungan Rise dan Hud mula diganggu gugat oleh Safiyya dan juga Hariz kawan baik Hud.. Bertahankah mereka bila mana badai melanda..? Memang novel yang sweet, sengal dan air mata.. Watak Rose pula bukanlah perempuan yang lemah dan redha je dibuli.. Ada tindak balas.. Jadikan ceritanya lebih sweet.. 

Sha baca dan selesai pada 13.02.2018..

 (ebook - PNM e-Reader)
Published November 2015 by Love Novel..

Sinopsis: Peluang itu… salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi? Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua! Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel. Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan. Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa. Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih. Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan. “…Berilah peluang kedua pada perkahwinan kita. Berilah peluang kedua untuk abang. Berilah peluang kedua pada cinta kita…” – Hud Daniel Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut. “You’ve promised me. Untuk sekali lagi saya nak ingatkan janji itu. Ini bukan rasa yang biasa-biasa, love. Rasa ini rasa cinta, sebab itu saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri. Saya mahu cinta saya. Saya mahu awak, Rose Raihanah.” – Ilhaan Sufiy, si teman sejati Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu? Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!

2 comments:

  1. Comel cover buku tu. Banyak nya sha dah baca tahun ni. Ana tak khatam satu buku pun lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com