Ranea oleh Khairi Mohd - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, April 11, 2018

Ranea oleh Khairi Mohd

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Selain ebook, Sha masih lagi baca buku fizikal.. Cuma tak selalu sebab sayang.. Kikiki.. Masalah pencinta buku ialah tak sanggup kehabisan bahan bacaan.. Tambahan Sha dah kurang membeli.. 

Novel ini sambungan pada Novel Kasyaf (keluaran Fixi).. Boleh baca review Sha mengenai Kasyaf di SINI.. Dalam Ranea, kisah diteruskan untuk menghapuskan makhluk yang datang tanpa diundang dan menyelamatkan Hasnita dari dijadikan korban.. Kisah berlaku dalam satu malam.. Pertarungan, peperangan dan usaha menyelamatkan.. Ada dua tempat yang di ceritakan dalam novel ini.. Di bumi dan di dunia lain.. Dunia dimana manusia menjadi sangat luar biasa dan tak terbatas.. Memang mengagumkan membaca setiap perkataan dan perincian yang ditulis penulis.. Membuat Sha terpegun dan tak tersangka.. Dalam novel kali ini ada rasa lain selain debaran.. Rasa yang bila Sha baca sangat menyentuh.. Jangan tertipu ya.. Buku ini memang buku aksi, sains.. Tapi ada suntikan perasaan dalam isi dia.. Penamat dia Sha boleh terima.. Walaupun tak semua orang suka watak mati.. Tapi itu lebih dekat dengan realiti.. Setiap yang hidup akan mati..

Sha baca pada 08.04.2018 dan selesai pada 09.04.2018..

2 comments:

  1. seronok tngok kak sha membaca. sha ni satu buku pun bertahun nak habis. sha mula membaca balik sebba selalu tengok blog kaksha la. seronok tengok kaksha review buku hari hari. walaupun sekarang masih malas membaca haha tapi sha ada jugaklah membaca walaupun satu muka surat sehari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha.. Semoga terus membaca juga ye Sha.. Walaupun hanya satu muka surat sehari..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..