Cinta Last Lap oleh Peanut - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, April 16, 2018

Cinta Last Lap oleh Peanut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ryan berkahwin dengan Zira setelah dipaksa ayahnya.. Ini semua dari mengelakkan fitnah yang mengatakan Ryan gay dan juga menjaga nama baik syarikat mereka.. Zira pula terpaksa terima bila mana mak dan ayahnya menyuruh.. Perkahwinan tanpa cinta dan juga sikap Ryan yang membenci perempuan membuatkan Zira agak terseksa bersama Ryan.. Ryan selalu mengeluarkan kata-kata yang kasar pada Zira walau cinta telah datang menjenguk.. Berjayakah mereka menempuh dugaan dan menuju bahagia? Kenalah baca ye tak.. 

Watak Ryan itu memang boleh mendatangkan kemarahan.. Asyik nak angin dan ego je.. Mujurlah watak Zira tu sabar dan berani mempertahankan hak seorang isteri.. Walaupun ada sedikit kekurangan tapi pada Sha novel ini masih menarik dibaca.. Persahabatan yang terbentuk antara Ryan dan kawan-kawannya memang ohsem.. 

Sha baca pada 14.04.2018 dan selesai pada 15.04.2018..

 

Sinopsis: Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan demi kepentingan Ryan sendiri. "Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan? Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah.." ~ NAZIRAH. Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan terhadapnya. Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai sebelum ini. "Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?" ~ RYAN. "Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira tu..itu namanya..angau.." ~ ADAM. Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian Ryan terhadap wanita ini?

10 comments:

  1. Nice review kak Sha ^^ lama dah rasanya tak mengembara ke alam buku hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah kita mengembara ke alam buku Hana..

      Delete
  2. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis kasihku amani.

    LAyan novel banyak tu.

    Bila nak tulis novel sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. Kikiki.. tak berapa nak mampu menulis.. mampu baca je..

      Delete
  3. Risau betul nak baca novel cintan hehe. takut ending dia mcm sama hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga.. Sekarang dah banyak pilihan.. penulis pun dah tak cliche..

      Delete
  4. Ingat novel romantik atas litar lumba.hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..