Waris Dukun Hitam oleh Syikin Zainal - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, April 4, 2018

Waris Dukun Hitam oleh Syikin Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik dari penulis.. Menggunakan latar masa dua zaman dan diolah tanpa mengganggu pembacaan.. Bila manusia bertuhankan syaitan, seluruh keturunan menjadi mangsa.. Iman hilang di dada, memang mudah jiwa ditakluki.. Terasa debaran di dada untuk mengetahui apa yang berlaku dan bagaiman seorang yang berpegang pada agama berpaling kepada syaitan serta usaha melindungi waris.. Twist semasa akhir cerita memang ohsem.. Yang jahat sebenarnya dekat di sisi.. Memang berbaloi..

Sha mula baca dan selesai pada 03.04.2018...

Sinopsis : EMBUN, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zamman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni NENEK KUNTUM semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan 'sesuatu' daripadanya.

Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda bernama YUSOFF. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang kerana Yusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

10 comments:

  1. Mesti best ni sebab Ada elements cinta

    ReplyDelete
  2. Seram betul cover buku tu! heheh kalau Hana confirm terketar-ketar nak menyelak muka surat haha >_<
    .
    Nice review kak Sha <3

    ReplyDelete
  3. novel serammmmm hihihihi.. yg sha bagi novel seram aritu Cik Ash tak baca lagi.. hihihihi.. penakut sangat nak baca hihihi

    ReplyDelete
  4. uiitt cerita pasal dukun laa plak..

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan cerita. Seram romantik gitu.

    ReplyDelete
  6. Macam best tapi seram tak...adoiii teringin nak baca tapi takde kekuatan lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..