Assalamualaikum..
Hye semua..
Seronok bila dapat baca sesuatu yang baru seperti novel ini.. Walaupun bila membaca novel Split ini Sha terbayangkan drama Kill Me Heal Me (korea) tapi ada sesuatu yang lagi menarik dalam novel ini dan lain dari drama Korea tu.. Cuma perlu lebih terbuka ketika membacanya sahaja..
Dalam novel split ini, watak heroinnya Maryam tegas, berdikari dan berjaya.. Heronya Mikael pula punya masalah split personaliti.. Bila dua watak ini bertembung memang kelakar dan menarik.. Tambah bila satu demi satu personality dalam diri hero muncul.. Dari awal novel ini sehingga akhir novel ini, memang best pada Sha.. Satu kelainan yang menarik berjaya ditonjolkan penulis.. Cara Maryam menerima kehadiran semua personality Mikael dan menguruskan dengan jayanya.. Walaupun tidak diceritakan secara perubatan bagaimana mengubati masalah split personaliti ini tapi Sha rasa penulis berjaya menunjukkan yang Maryam mampu mengawal semua personaliti Mikael..
Semoga penulis akan terus menulis sesuatu yang lain di masa akan datang..
Sha baca novel ini pada 24.04.2018 dan selesai pada26.04.2018..
cover buku tak begitu menarik, tp bila baca review yg Sha buat ni, alamak rasa nak baca juga.... well, don't judge a book by its cover kan ...
ReplyDeleteCerita dia menarik.. Cabaran hero yang punya split personaliti..
Deletedah beli novel ni tapi belum baca lg..
ReplyDeleteNanti dah baca, review tau..
DeleteMenarik jugak buku ni.. boleh cari akan dtg.. hehe
ReplyDeleteMemang menarik Lea..
Deleteharitu ada nampak dekat pbakl tapi takut nak ambik sebab banyak character takut writer messed up. Baca review kaksha macam best pulak
ReplyDeletepemilihan shukri yahaya sbgi pemegang watak mikhael ni..mmg sesuai..yakin shukri mampu menjiwai semua personality yg ada...terutama watak hafez tu..novel yg mnarik.....good job
ReplyDeletesy suka novel ini..dan tertunggu dramanya..shukri yahaya....yess he is the best actor to be mikhael/hafeez..and sara too....as mariam....
ReplyDelete