Pokok Tujuh Duri - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, April 7, 2018

Pokok Tujuh Duri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian ini Sha buat untuk diri Sha dan juga rakan pembaca.. Manalah tahu dekat rumah pembaca pun ada pokok ini kan.. Dekat Perpustakaan tempat Sha kerja, kami semai pokok ini sebanyak yang boleh.. Sebab khasiatnya dan juga pucuk dan daunya boleh dimakan begitu sahaja.. Seriouslly sedap dibuat ulam.. Tak payah cicah sambal ke apa.. Makan je dengan nasi.. Memang sedap.. Sha mulanya tak makan juga tapi kawan pejabat Sha rajin petik pucuk pokok ini bawa pergi ke kantin.. sekali Sha cuba, terus jatuh cinta.. Kikiki.. Siap semai dekat rumah.. Nak makan je petik..

 
Ini pokok yang memula kami tanam.. Dah di patah-patahkan untuk disemai di tempat lain..

 
Ini baru je di semai.. Kali ini cuba tanam atas tanah pula..

 
Cubaan sebelum ini akhirnya membuahkan hasil.. Yang dalam bulatan biru tu..

 
Ini keratan yang diberikan oleh kawan pejabat Sha untuk Sha semai di rumah..

Jarum Tujuh Bilah / Tujuh Duri
Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah / Tujuh Duri
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan

Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giat dijalankan..

9 comments:

  1. bagus makan ulam.awat muda nanti...

    ReplyDelete
  2. wah sha uniknya nama pokok hii boleh buat ubat rupanya ..

    ReplyDelete
  3. uwaaahhh, nice sharing.. info baru ni! ^^

    ReplyDelete
  4. Salam hujung minggu dari Ibu, Semoga keluarga sihat dan dilimpahi rahmat.

    Besar nikmat. Banyak pkok herba Sha tanam di rumah ya. Bagus tu

    ReplyDelete
  5. Mama singgah blog walking. Semoga sihat sis. Ulam pun ada banyak duri kan

    ReplyDelete
  6. emm.. memang sedap nie, iffah selalu buat ulam.. petik dia letak limau garam lada ngan ajinomoto..siap..makan ...nyummmm...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tau pasal pokok tujuh duri ni. Thanks kak sha for sharing. Entry yang bermanfaat buat semua :)

    ReplyDelete
  8. memang rajin tanam pokok ni buat halau hantu sebab duri dia bisa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..