Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Hari ini genap 10 tahun Sha bergelar Penjawat Awam..
Jawatan mula-mula yang Sha sandang ialah Pembantu Perpustakaan/S17 dengan jagi permulaan sekitar RM800 lebih tanpa elaun.. Disebabkan Sha mengikut semua arahan bos, Sha berjaya sah jawatan dalam tempoh setahun sahaja.. Masa ini otak masih lagi aktif, cepatlah boleh hadam semua nota-nota untuk exam.. Sekarang jawatan Sha dah dinaik taraf ke Gred 19 dan dipanggil Pembantu Pustakawan..
Masa mula-mula ditawarkan berkerja Sha dikehendakki melaporkan diri Di Perpustakaan Politeknik..
Dan kini masih lagi di Perpustakaan Politeknik..
Macam tak sangka juga sebenarnya akan bertahan lama..
Macam-macam yang berlaku sepanjang 10 tahun Sha bergelar penjawat Awam.. 10 tahun tu satu jangka masa yang lama..
Cuti tanpa gaji Sha pernah amik selama 7 bulan..
Sebelum ambil cuti tanpa gaji Sha pregnant dan mengalami kemurungan..
Murung sebab gugur dan kerja.. Sampai kena jumpa doktor untu kaungselinglah..
Bila kerja dengan manusia yang tak menghargai apa yang kau buat..
Memang sakit hati.. Takkan lah asyik nak mengampu je kan..
Kita datang nak kerja.. Tapi bila Sha naik cuti, adalah perubahan di tempat kerja..
Cuma manusia tu kekal begitu malah makin teruk..
Markah SKT/LNPT rendahpun Sha dah pernah rasa..
Dua kali tau bukan sekali.. Apa adahal.. Pengalaman kan..
Tu masalah markah SKT/LNPT.. siapa yang pernah kena, fahamlah perasaan Sha..
Alhamdulillah.. Merasalah juga dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan..Sha juga terlibat sebagai auditor dan wakil MBJ (Mesyuarat Bersama Jabatan).. Tu belum lagi audit yang pelbagai..
Buat program membaca, CSR dengan masyarakat..
Memang seronok bila kita mula menyukai kerja kita..
Walaupun nampak macam remeh dan complicated tapi seronok.
Walaupun jawatan Sha Pembantu Pustakawan tapi kerja Sha tak terhad pada Perpustakaan..
Ada juga kerja-kerja lain yang kami buat..
Maknanya setiap hari kita boleh pilih nak buat apa..
Supaya hari kita sentiasa menggembirakan dan menyeronokkan..
Sha pernah joint Konvensyen KIK.. Kami dapat Silver..
Pertama kali sertai tu.. Pengalaman sangat..
Berjumpa dengan ramai orang dan melihat kepelbagaian inovasi..
Sha juga mencari peluang menambah buku di Perpustakaan melalui sumbangan.. Pantang ada orang tawarkan nak beri buku, Sha akan minta.. Sebab budget tak ada untuk buku-buku bukan akademik.. Jadi kena pandai rebut peluang..
Sha juga mencari peluang menambah buku di Perpustakaan melalui sumbangan.. Pantang ada orang tawarkan nak beri buku, Sha akan minta.. Sebab budget tak ada untuk buku-buku bukan akademik.. Jadi kena pandai rebut peluang..
10 tahun bukan jangka masa yang pendek..
Tapi Sha masih lagi belajar dan akan terus belajar..
Dunia makin ke depan kan sekarang..
Ilmu juga ada bermacam-macam..
Selagi kita masih hidup kita akan sentiasa belajar..
10 tahun dalam perkhidmatan..
Untuk meraikannya Sha mencari seorang pemenang istimewa..
Sha nak hadiahkan sebuah novel terbaru bertajuk Takrut:Stesen Terakhir oleh Maria Kajiwa.. Buku ini juga akan ada tandatangan penulis..
Sha nak hadiahkan sebuah novel terbaru bertajuk Takrut:Stesen Terakhir oleh Maria Kajiwa.. Buku ini juga akan ada tandatangan penulis..
Siapa agaknya yang bertuah tu ye..
Yang paling seronok bila dah 10 tahun ialah cuti rehat.. Dari 20 hari dah bertambah jadi 25 hari.. Kalau ada rezeki, 3 tahun lagi mungkin dapat merasa S22 (KUP/Hakiki)..Doakan ye...
Alhamdulillah dah 10 tahun ye sha, tahniah semoga terus bersemanagt dalam menjalankan tugas. disamping bekerja sha boleh teruskan dengan hobi membaca sha tu kan, mesti seronok kerja dikelilingi bahan bacaan kan.akak dulu pernah minta juga jadi pembantu perpustakaan sebab suka membaca novel ni tapi takde rezeki, rezeki ditempat sekarang jab.perangkaan 18 tahun dah hihihi...
ReplyDeleteWah.. Akak lagi lama dari Sha... Kebtulan kak dapat kerja yang berkaitan dengan hobi.. Kikiki..
DeleteRezeki PA tahu ni dapat 2 KGT
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteWaa..lamanya dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam..keep it up, Sha
ReplyDeleteTQ Radhia..
DeleteCongrat sha dah masuk tahun ke-10..Saya tahun depan baru genap 10 tahun, faham juga perasaan Sha pasal kerja ni. Macam2 orang kita jumpa, ada yang pura-pura baik tapi sebenarnya nak jatuhkan kita, ada yang menjadi rakan paling rapat dan terbaik pernah kita jumpa..Yang paling best bila 10 tahun ni, cuti pon bertambah 5 hari yeaaa
ReplyDeleteTQ Miss tins.. Betul tu.. Tu semua pengalaman dalam mematangkan hidup kan.. Part cuti tu yang paling best sebenarnya..
Deletewah! moga terus maju ye sha.
ReplyDeleteTQ Ninie..
DeleteAlhamdulillah, tahniah kak Sha kerana telah berjaya mengharungi 10 tahun sebagai penjawat awam.. Semoga kak Sha terus berbakti pada masyarakat dalam memberi petunjuk ilmu kepada mereka.. Keep it up, sis..
ReplyDeleteTQ Shikin..
DeleteAlhamdulillah..tahniah..semoga tercapai apa yg dihajati...
ReplyDeleteAamin.. Tq awak..
Deletetahniah kak, semoga terus berjaya dalam pekerjaan. walaupun bekerja, aktif juga dalam blogger. Keep it up.
ReplyDeleteTq Atiah..
DeleteAlhamdulillah 10 tahun tu bukan tempah yang singgat. Tahniah shah moga terus maju jaya dalam kerjaya shah sekarang
ReplyDeletetahniah kak sha :)
ReplyDeletetahniah Sha.
ReplyDelete10 thn adalah tempoh yg lama.
aida akhir thn ni baru nak masuk thn ke-9.
sebelum tu, 7 thn juga la aida di arena pekerjaan swasta.
alhamdulillah dgn semua rezeki Allah.
wahhhh dah 10 tahun, saya ni celah gigi kaksha je haha, tahniah ye kaksha semoga impian kaksha dimakbulkan aminnnn
ReplyDeletePerghh tahniah sha.. sha memang hebat..
ReplyDelete